Siapa je yang tidak mengenali Che Nom iaitu YouTuber masakan popular. Saluran YouTube Che Nom sering menjadi pilihan ramai untuk dijadikan rujukan ketika memasak kerana resepinya yang mudah dan enak.
Terkini, Che Nom menerusi Facebook mengumumkan beliau akan berhenti daripada dunia ‘influencer marketing‘.
Untuk pengetahuan semua, influencer marketing adalah sejenis pemasaran produk di media sosial yang melibatkan kolaborasi individu yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai di platform media sosial atau pempengaruh (influencer) dengan sesuatu jenama.
Che Nom telah berkongsikan mengapa dunia influencer marketing itu bukan lagi bidang yang mahu diteruskan olehnya.
Artikel Berkaitan: Che Nom Luah Rasa Terkilan, Dedah Tindakan Anak Saudara Yang Diambil Bekerja Seakan ‘Tikam Dari Belakang’
Artikel berkaitan: Che Nom Sangkal Dakwaan Konon Youtuber Terima Pendapatan RM360,000 Sebulan
Terlalu ramai individu yang bergelar influencer sekarang sehingga menyebabkan price war di mana ramai pempengaruh yang menurunkan harga mereka untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan mempromosikan jenama produk di platform media sosial dan ia menyebabkan kualiti kerja juga semakin terjejas kerana harga bayaran yang makin rendah.
Klien yang bayar tinggi biasanya dari syarikat besar antarabangsa, dan ada yang dikaitkan dengan isu yang kita sendiri rasa berat nak sokong, “ kongsi Che Nom.
Selain itu, harapan klien yang mahukan jumlah tontonan yang tinggi untuk setiap kandungan yang dimuat naik di platform media sosial pempengaruh sedangkan jumlah tontonan tersebut kadang kala bergantung pada algoritma media sosial.
Nak deliver video untuk klien bukan senang. Kena ikut brief, edit banyak kali, ikut deadline. Semua ni perlukan pengalaman kerja profesional, bukan sekadar minat, “ – Che Nom.
Susulan itu, Che Nom turut menitipkan pesanan buat anak muda di luar sana yang berminat untuk menceburi bidang influencer marketing ini agar menuntut ilmu dan bekerja di tempat lain terlebih dahulu untuk menimba pengalaman kerana bidang ini juga memerlukan kemahiran bekerja dalam persekitaran yang profesional.
Dunia influencer ni bukan jalan pintas cari duit. Tanpa asas kukuh, boleh terbeban dengan tekanan, “ nasihatnya.
Dalam masa yang sama, Che Nom turut berkongsikan sebab mengapa beliau kini sudah kurang memuat naik video di YouTube.
Sumber: Facebook Che Nom