in

Dulu Cakap Tak Perlu, Kini WHO Sokong Orang Ramai Pakai Topeng Muka Di Tempat Awam

Untitled collage 69

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya, kita semua dah naik pening tentang peraturan memakai topeng muka ketika seluruh dunia sedang diancam penularan wabak COVID-19. Ada yang kata, kalau sihat tak perlu pakai — topeng hanya perlu digunakan oleh mereka yang sakit sahaja.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini juga berpendirian seperti di atas. Alasannya, kerana bekalan topeng muka semakin berkurangan — dan penggunaannya perlu diutamakan kepada petugas barisan hadapan.


Face Mask Rawpixel Lifestyle 010420

Tapi, ada beberapa laporan sebelum ini mengatakan terdapat kes yang mana individu positif jangkitan langsung tidak menunjukkan sebarang gejala — jadi bagaimana kita nak tahu siapa carrier dalam kalangan kita semua kan? Sebab itulah, ramai yang memilih untuk terus memakai penutup hidung dan muka sebagai langkah pencegahan tambahan mereka.

Perdebatan mengenai kewajaran pemakaian topeng muka ini diperkatakan di seluruh dunia. Malah, beberapa negara lain telah mewajibkan penggunaannya seperti Czech Republic dan Austria.

587080

Terbaharu, South China Morning Post melaporkan — WHO mula mengubah pendiriannya dan berkata ia menyokong inisiatif mana-mana kerajaan yang mewajibkan atau menggalakkan pemakaian topeng muka ke atas orang ramai ketika berada di tempat awam. 

Kenyataan itu dibuat, setelah lebih banyak kajian saintifik membuktikan kesan positif pemakaian face masks ketika pandemik ini sedang berterusan menular di seluruh dunia.

Bagaimanapun, orang ramai dinasihat agar menggunakan penutup mulut dan hidung buatan sendiri atau skarf. Manakala topeng muka bergred perubatan seperti N95, perlula dikhususkan kepada pasukan frontliners.

Apapun, jangan dok kalut pasal topeng muka je. Ada tiga lagi langkah penting yang korang perlu amalkan, iaitu patuhi penjarakkan sosial, jaga kebersihan diri dan kerap basuh tangan serta jangan ingkar perintah kuarantin. InsyaAllah semua selamat okay?

 

Baca: “Apa pilihan yang kami ada?” – Tidak Digalakkan Pakai Topeng Muka DIY, Ini Reaksi Netizen

diy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.