in

“Duit raya dapat, iPhone pun dapat” – Datuk Beri iPhone Sebagai Hadiah Raya, Netizen Berebut Mengaku Cucu

Iphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali tibanya musim perayaan, sudah tentulah kanak-kanak akan menjadi golongan paling gembira. Manakan tidak, mereka selalunya akan dapat duit raya dan dilayan dengan mesra pada hari tersebut.


Bagaimanapun, seorang datuk telah membuatkan Hari Raya Aidilfitri yang disambut tahun ini menjadi sangat bermakna buat cucu-cucunya setelah bertindak menghadiahkan sebuah iPhone sebagai hadiah. Bukan itu sahaja, cucu-cucunya juga turut mendapat duit raya!

Itulah yang berlaku dalam sebuah hantaran di laman TikTok oleh seorang pengguna yang juga dikenali sebagai Nasrin Rosli. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 222,000 likes dan 4,333 komen.

@nasrinrosliSalam raya with atok 🤭 Duit raya dapat, iphone raya pon dapat 🫣

♬ original sound – Nasrin Rosli

Artikel berkaitan: Hadiah Kek & Telekung Jadi Kenangan Terakhir Buat Ibu Pelajar Malaysia Yang Terkorban Dalam Kemalangan Di New Zealand

Artikel berkaitan: Sebak Tengok Anak Sedih Kena Pindah Sekolah, Ibu Bapa Hadiahkan Smiggle Buat Kawan-kawan

Dalam video tersebut, dapat dilihat kanak-kanak yang menerima hadiah tersebut menjerit kegirangan dan tersenyum lebar.

Raya
Tangkap layar video viral di laman tiktok.

Lebih melucukan, para netizen di ruangan komen pula rata-ratanya tiba-tiba ‘mengaku cucu’ di dalam ruangan komen.

“Atok.. Ada nak terima cucu baru umur 25 tak? Saya boleh pasang langsir,” kata Demnh.

Malah, ada juga yang mengaku mereka merupakan cucu atuk yang sudah lama ‘hilang’ dan bakal pulang raya bertemu dengan ‘keluarga sebenar’.

“Salam tok, sayalah cucu yang hilang dulu. Ingat saya lagi tak,” tanya Fiqa.

Untunglah kecil-kecil dah dapat iPhone, Min dulu kena kumpul duit 2 tahun tau!

Kredit: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.