in

Ducky Derby: Acara Di Mana 75 Ribu ‘Itik’ Bertanding Berenang Di Sungai Chicago

F4 Derby D

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan ingat hanya manusia je yang boleh sertai pertandingan di dunia ni, sebab mainan itik getah juga boleh join acara pertandingan berenang tau. Itik getah yang menang siap dapat hadiah lagi tau!


Acara pertandingan berenang itik getah ini dikenali sebagai Ducky Derby. Pertandingan tersebut diadakan di Sungai Chicago, Amerika Syarikat pada Ogos lalu.

Menurut NBC Chicago, acara berkenaan melibatkan lebih 75 ribu ekor mainan itik getah berwarna kuning yang dibuang ke dalam sungai itu.

12 1 2

Kesemua itik getah itu bakal berenang serentak dan bertanding antara satu sama lain untuk ke garisan penamat.

Untuk pengetahuan semua, acara Ducky Derby ini sebenarnya dianjurkan bagi mengumpul dana untuk persatuan Special Olympics Illinois di mana mereka akan membantu lebih 21 ribu kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami ketidakupayaan intelektual di negara itu.

Setiap ekor itik mainan berwarna kuning itu boleh dibeli oleh orang awam yang berminat dengan harga  $5 (RM23.61). Kiranya macam itik tu akan mewakili individu yang telah menajanya. 

Jadi, itik yang menang tempat pertama pertandingan berenang ini akan dapat hadiah namun hadiah tersebut akan diberikan kepada individu yang membelinya.

13 2

Namun, anda tak perlu risau tentang pencemaran sungai sebab itik-itik mainan itu bakal berenang di dalam jaring yang telah ditebarkan ke dalam sungai.

Jadi, itik-itik berkenaan tidak akan berenang ke arah yang tidak sepatutnya. Jaring tersebut juga akan memudahkan pihak penganjur acara itu untuk mengangkat semula kesemua itik mainan ke darat.

Menarik jugak acara macam ni kan. 

Sumber: NBC Chicago, CBS News, NY Daily News

Baca: The Space Out: Pertandingan Tanpa Buat Apa-Apa Di Korea Selatan

11 2 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.