in

Dua Tengkorak Dan Serpihan Tulang Manusia Dijumpai Dalam Bungkusan Plastik Di Tempat Buang Sampah

Feat 7

Mengejutkan apabila orang awam menemui dua tengkorak dan serpihan tulang manusia dalam bungkusan plastik di tempat pembuangan sampah di Jalan Kolam Ikan Bayan Lepas, semalam.

Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang kemudian digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

Siasatan menjumpai dua tengkorak manusia serta serpihan tulang badan yang dibungkus dalam plastik, “Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan

Whatsapp Image 2020 08 20 At 7.28.57 Am

Supritendan AA Anbalagan berkata saksi yang juga orang awam itu menyedari yang dijumpainya itu mmerupakan tengkorak dan serpihan tulang manusia sebelum menghubungi pihak polis.

Katanya setakat ini masih tiada saksi bebas yang tampil beri keterangan berhubung penemuan tersebut, lapor Harian Metro.

“Berdasarkan penandaan yang tertera pada tulang itu kemungkinan besar dipercayai digunakan bagi tujuan pembelajaran atau ‘university usage for education’.

“Semua tengkorak dan tulang itu diserah kepada Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi dianalisa,”

Baca : Tak Tahu Nak Ke Mana Cuti Sekolah Ni? Ini 5 Tempat Makan Best Kat Seberang Prai, Pulau Pinang Untuk Korang Try.

Baca 20

Sumber: Kosmo