in

Dua Pekerja ‘Kantoi’ Robohkan Tembok Besar China Untuk Buat Shortcut

ft tembok besar china

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tembok Besar China, salah sebuah binaan paling ikonik dan paling bersejarah dalam sejarah tamadun manusia.

Pun begitu, sebahagian daripada binaan sepanjang 21,200 yang dipercayai dibina oleh Dinasti Ming antara abad ke-14 hingga abad ke-17 tersebut telah ‘dimusnahkan’ oleh 2 orang pekerja pembinaan menggunakan jengkaut di Pusat Wilayah Shanxi.


Menurut laporan BBC, pihak polis mengesyaki dua orang pekerja berkenaan cuba untuk membuat jalan pintas untuk kerja-kerja pembinaan mereka sebelum kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut.

130987669 mediaitem130987668.jpg

Seorang pekerja lelaki berusia 38 tahun dan seorang pekerja wanita didapati telah mengorek ‘lubang’ dengan membesarkan rekahan yang ada di Tembok Besar China itu bagi membolehkan jengkaut milik mereka melepasi binaan tersebut untuk mengurangkan jarak perjalanan yang harus ditempuhi.

Artikel berkaitan : 7 Undang-undang Pelik di China Yang Korang Takkan Percaya

Artikel berkaitan : “Pinggang kena lebih kecil dari saiz kertas A4”- Ini 6 Cabaran Trend Badan Yang Pelik di China

Sementara sebahagian lain daripada Tembok Besar China ini terjaga dan cantik, ada juga bahagian-bahagian yang mulai rosak, pecah dan menurut laporan pada tahun 2016, 30 peratus daripada binaan tersebut telah hilang. Hanya sebahagian kecil sahaja dijaga dengan rapi.

130993723 china ming great wall 640 2x nc.png

Tembok Besar ini dibina merentangi sebahagian yang luas di utara China dan ia berada dalam keadaan rosak yang berbeza-beza dan bahagian tertua tembok ini, sejak beribu-ribu tahun dahulu, telah ‘dirempuh’ dinding tanah dan kini kelihatan sebagai busut, bahkan tidak langsung dikenali sebagai Tembok Besar.

Pun begitu, tidak kurang juga kerosakan yang berlaku pada binaan ini disebabkan oleh tindakan tak bertanggungjawab sebahagian petani tempatan yang mencuri batu-bata di tembok ini untuk membina bangsal haiwan ternakan mereka atau rumah mereka sendiri.

Sumber : BBC

Sumber: BBC
Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.