in

Dua Masjid Di KL Akan Jadi Tempat Perlindungan Bagi Mangsa Dera Tanpa Mengira Agama!

Collage 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan peningkatan kes penderaan di negara ini lebih-lebih lagi sejak pandemik Covid-19 bermula, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengumumkan inisiatif mereka untuk menjadikan masjid sebagai pusat transit bagi mangsa penderaan.


JAWI bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Wanita (di bawah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) telah pun memulakan inisiatif ini sejak bulan Mei tahun ini.

Tanpa mengira agama atau jantina

Menurut BERNAMA, pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pusat transit ini terbuka kepada wanita dan lelaki termasuk orang bukan Islam yang mengalami penderaan fizikal mahu pun mental.

Mangsa penderaan fizikal atau mental ini akan diberikan penginapan, pakaian dan makanan sekurang-kurangnya tiga hari.

Kuala Lumpur Malaysia Federal Territory Mosque 03

Sebagai permulaan dua masjid iaitu Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Masjid Al-Ghufran di Taman Pinggir Tun Dr Ismail telah dipilih untuk menjayakan insiatif ini.

Mohd Ajib berkata, pusat transit ini khas untuk mangsa-mangsa penderaan yang tak ada tempat untuk pergi dan memerlukan perlindungan segera.

Mangsa juga akan diberikan bimbingan rohani oleh pegawai masjid serta kaunseling dari JKM untuk membantu mereka membuat keputusan yang rasional dan merancang tindakan selanjutnya.

Untuk pengetahuan korang, pada tahun 2020, sebanyak 5,260 kes penderaan telah dilaporkan berbanding 3,263 pada tahun 2019. Tahun ini pula, dari bulan Januari hingga Jun, sebanyak 3,970 kes penderaan telah dilaporkan.

Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Dr Zurina Abdul Hamid berharap dengan kemudahan ini, makin ramai mangsa dera akan menjadi lebih berani untuk tinggalkan tempat yang membahayakan nyawa mereka dan kes penderaan ini boleh turun secepat mungkin.

Setakat ini, program transit masjid ini telah pun menerima satu kes.

 

Baca: Panggilan Talian Kasih Meningkat 57%, Penderaan Kanak-Kanak Meningkat Semenjak PKP Dijalankan?

Screenshot 2021 09 10 At 12.30.28 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.