Semalam KKM umumkan dua lagi kluster baru Covid-19 telah dikesan. Dua kluster ini dinamakan Kluster Kurau di Perak dan Kluster Meranti di Putrajaya.
Kluster Kurau
Dua kes positif telah dikesan dari kes ini bila kes indeks disahkan positif pada 7 Ogos lalu. Pesakit ini kemudiannya menjangkiti abang iparnya yang disahkan positif pada 9 Ogos lalu selepas mengesan kontak rapat pesakit tersebut.
Sekarang ini, keluarga abang ipar tersebut sedang disaring dan setakat ini, jumlah individu yang telah disaring adalah seramai 115 orang, 106 negatif manakala lagi sembilan sedang menunggu keputusan.
Pun begitu, KKM masih mengesan kes ini dan saringan kontak rapat masih diteruskan.
Kluster Meranti
Kluster ini mula dikesan apabila salah seorang petugas kesihatan disahkan positif Covid-19 pada 8 Ogos lalu selepas mendapat jangkitan ini dari seorang pesakit yang membuat saringan pra pembedahan.
KKM kini sedang menjalankan pengesanan kes secara aktif dan setakat ini, 15 individu telah disaring dan KKM masih mencari punca jangkitan kluster ini.
Untuk Kluster PUI Sivagangga pula, setakat ini, seramai 4,636 orang telah disaaring dan 45 individu telah disahkan positif.
Tak cukup dengan itu, kluster dari virus “super spreader” ini juga telah memasuki generasi ke-3. Berikut adalah pecahan kes untuk Kluster PUI Sivagangga:
1. Kedah (4,078 disaring):
• 31 kes dikesan positif COVID-19;
• 4,020 individu negatif; dan
• 27 individu masih menunggu keputusan.
2. Perlis (390 disaring):
• 11 kes dikesan positif COVID-19; dan
• 379 individu masih menunggu keputusan.
3. Pulau Pinang (168 disaring):
• Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
• 85 individu negatif; dan
• 80 individu masih menunggu keputusan.
Setakat ini KKM sedang menjalankan langkah-langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar di kawasan-kawasan yang berkait rapat dengan kluster ini.
Baca: Surau Di Seksyen 23 Shah Alam Ditutup Serta Merta, Tular Ada Ahli Jemaah COVID 19 Kluster Sivagangga