in

“Driver bus of the year” – Pemandu Bas Dipuji Pimpin Penumpang Suami Isteri OKU Pergi Tandas

Pemandu Bas Prihatin Pimpin Pasangan Oku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang pemandu bas yang membantu penumpang golongan orang kelainan upaya (OKU) di sebuah hentian Rehat dan Rawat (RnR) telah mendapat pujian ramai.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Group Facebook Peminat Bas-Bas Ekspress, sikap prihatin pemandu bas lelaki itu sangat menyentuh hati apabila sanggup memimpin tangan pasangan OKU penglihatan itu untuk ke tandas.


Kata pengguna yang memuat naik hantaran tersebut, mereka dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: “Patutnya buat macam ni”- Netizen Bandingkan Video TikTok Pemandu Bas Di Amerika Dengan Content Abang Bas

Artikel berkaitan: “Saya tolong sahaja” – Abang Rider Dipuji, Sanggup Patah Balik Bantu Tolak Kereta Rosak Di Tengah Jalan

Tindakan itu secara tidak langsung dapat menjadi contoh positif kepada para pemandu bas lain sekiranya melihat penumpang yang memerlukan pertolongan.

V

 

“Selalunya muka pemandu semua garang-garang dan tak relax. Bawa barang banyak sikit pun bising apatah lagi lambat naik lepas berhenti RnR atau hentian, mahu tarik muka.

“Kali ini bertuah dapat naik bas yang pemandunya baik dan cool. Pakcik baju belang tu buta (OKU) dan isteri dia pun sama. Pemandu ni pimpin tangan pakcik tu sampai dalam tandas,” tulisnya.

Malah, pengguna itu turut memberi gelaran ‘driver bus of the year’ kerana terharu melihat sikap terpuji pemandu terbabit.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen juga terharu dengan sikap murni pemandu tersebut dan berharap dia diberi penghargaan atas tindakan terpuji berkenaan.

Screenshot 2024 10 04 160538 Screenshot 2024 10 04 160601

Terima kasih orang baik!

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.