in

“Download cepat” – Diskaun 50% Saman Hari Ini Sehingga 11 April di App MyBayar Saman!

Ft Samandiskaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui sidang media hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador telah melancarkan aplikasi dan portal MyBayar Saman di Bukit Aman. Menurut Malay Mail, aplikasi itu adalah platform yang boleh digunakan oleh rakyat untuk membayar saman trafik dengan lebih cepat dan pantas.


Bukan itu saja, jika orang ramai membayar saman melalui MyBayar Saman tiada caj perkhidmatan dikenakan. Melalui aplikasi itu tiga langkah perlu dilakukan terlebih dulu iaitu Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran.

  • Pendaftaran – pengguna perlu masukkan maklumat diri, isikan OTP dan log masuk portal/aplikasi
  • Semakan – pengguna boleh semak saman yang perlu dibayar. Notifikasi saman akan dipaparkan sekiranya ada saman baru
  • Pembayaran – pengguna boleh pilih mod transaksi di laman Pembayaran untuk melangsaikan saman

Saman 1

Saman1

Berita baik!

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman memaklumkan sempena dengan Hari Polis ke 214 dan pelancaran MyBayar Saman hari ini, orang ramai akan diberikan diskaun sehingga 50% bagi bayaran saman trafik.

Saman2 Saman3

Diskaun itu hanya untuk tempoh 18 hari iaitu bermula hari ini, 25 Mac sehingga 11 April 2021. Namun, tidak semua kesalahan trafik akan diberikan diskaun tersebut dan 6 kesalahan ini tidak ditawarkan diskaun berkenaan:

  • Memandu di lorong kecemasan
  • Memandu melebihi had laju
  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  • Memotong barisan di jalan raya
  • Tidak mematuhi lampu isyarat

So, apa lagi. Siapa yang layak dapat diskaun tu cepat-cepat bayar!

Baca: “Tak pakai mask tak wajar disaman RM10k” – Kerajaan Akan Perinci Kesalahan Yang Layak Dikompaun RM10K

Pjimage 2021 03 15T174136.301

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.