in

“Apply seminggu awal” – Permohonan Kuarantin Di Rumah Kini Boleh Dibuat Melalui Portal eCOVID19

Kuarantin Di Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Warganegara Malaysia dan warga asing yang memasuki negara ini tidak perlu lagi menghantar e-mel bagi memohon untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah sekiranya telah mendapat vaksinasi penuh.


Difahamkan, proses yang ‘rumit’ sebelum ini kini telah digantikan dan mereka hanya perlu melengkapkan permohonan melalui portal eCovid19 yang mula digunakan secara rasmi hari ini.

Selain itu, proses kuarantin di rumah ini turut melibatkan mereka yang memiliki status penduduk tetap dan mereka yang dibawah program Malaysia My Second Home (MM2H).

Khairy Kj Vaksin Rumah

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, mereka yang ingin memohon untuk menjalani kuarantin di rumah ini harus memiliki rumah atau kediaman di negara ini selain perlu menunjukkan status negatif ujian polymerase chain reaction (PCR) dan telah mendapat suntikan lengkap vaksinasi.

Tambah Khairy, setiap permohonan melalui portal HQA ini boleh memasukkan 10 nama maksimum untuk menjalani kuarantin di satu alamat yang sama dan difahamkan permohonan boleh dilakukan sebelum 7 hingga 10 hari sebelum tarikh ketibaan.

Portal Home Quarantin

“Nama penuh, nombor pengenalan atau pasport, kewarganegaraan, jenis vaksin, tarikh kedua dos vaksin, dan tarikh lahir perlu dinyatakan melalui portal”- KJ

Difahamkan, kesemua pelancong yang ingin memohon untuk menjalani kuarantin di rumah ini diwajibkan untuk membuat permohonan melalui portal ini selain perlu melengkapkan maklumat yang diminta.

Selain itu, permohonan boleh dilakukan oleh pelancong sendiri atau melalui pihak ketiga sama ada ahli keluarga atau wakil pelancong itu sendiri selain perlu mengemukakan sijil atau bukti penerimaan vaksinasi tersebut dalam format  PNG, JPEG atau PDF.

Sijil Vaksin Digital

Tambah Khairy lagi, kesemua permohonan akan diteliti oleh Kementerian Kesihatan sebelum pengesahan permohonan diberikan kepada pemohon dalam tempoh 3 hari selepas permohonan yang lengkap dibuat.

Kelayakan permohonan pula bergantung pada jumlah orang yang tinggal di kediaman tersebut, dan jumlah bilik dan bilik mandi selain faktor lain yang akan diambil kira adalah sama ada terdapat wanita hamil, individu berumur 60 tahun ke atas, atau kanak-kanak di bawah usia 12 tahun di kediaman.

Baca : “Cahaya di hujung terowong semakin bersinar” – Netizen Lega Frontliners Tunjuk MAEPS Kini Semakin Kosong

Maeps

 

Sumber: The Star
Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.