in

“Dorang dah lama rancang…” – [VIDEO] Netizen Terkedu Silat Kini Diajar Di Israel?

Untitled design 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seni Persilatan Melayu atau lebih dikenali sebagai Silat, merupakan seni tempur mempertahankan diri dari Alam Melayu, yang menggunakan langkah dan jurus (gerakan) untuk menangkis atau untuk menyerang, sama ada dengan atau tanpa senjata.

Silat wujud sejak zaman awal tamadun Melayu, dan ia telah berkembang menjadi tradisi latihan jasmani dan rohani yang merangkumi aspek pakaian tradisional Melayu, seni persembahan serta adat.


Tidak dapat dinafikan, negara-negara di Nusantara ini amat menjaga dan bangga dengan seni mempertahankan diri ini.

Baru-baru ini, sebuah video telah tular di TikTok apabila seni persilatan ini dikatakan diajar kepada penduduk negara Israel.

@ina_0101

♬ DJ PAIJO MUMET NDASE CR yt Yanz – Zeus66`music☠️

Video yang dikongsikan oleh @tikuscomel_xo itu merujuk kepada sebuah posting Facebook oleh Jon Escudero yang memuat naik beberapa gambar serta video beberapa orang penduduk Israel yang sedang mempelajari silat dan dilatih oleh seorang guru yang bernama Glenn Peter Lobo.

Difahamkan, Glenn Peter Lobo atau Paduka Glenn telah mengajar silat di Britain dan di seluruh Eropah sejak tahun 1986, malah dia adalah Wakil British ke Persekutuan Silat Dunia dari 1987 -1994 dan merupakan ahli British Council of Kali Escrima Arnis Instructor.

Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata terkedu dengan kelas tersebut, mungkin kerana sentimen politik terhadap negara Israel.

mngf

Fuh, agaknya dorang boleh ke saing silat Malaysia? 

Baca: “Terima kasih lagenda!”- Empat Kali Juara Dunia, Jaguh Silat Jufferi Jamari Umum Bersara

Jufferi Jamari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.