in

“Doktor terpaksa pilih” – Tak Cukup Tempat, Pesakit Kronik Tanpa Harapan Sembuh Tak Akan Dimasukkan Dalam ICU

Collage 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas ini, pesakit kronik tanpa harapan untuk sembuh tak akan diletakkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital Kedah. Ini ekoran kekurangan katil yang berlaku di sana.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah Datuk Dr Mohd Hayati Othman, walaupun jumlah katil ICU sekarang masih mencukupi, pihak berkuasa bimbang jika mereka tak berjaya untuk memasukkan pesakit kritikal lain ke dalam ICU kerana ia sekarang dihuni oleh pesakit Covid-19, lapor NST.

Katanya lagi, pegawai perubatan yang bertugas terpaksa membuat penilaian sukar dan perlu memilih sama ada untuk memasukkan pesakit kritikal atau pesakit Covid-19 ke ICU.

Covid Funeral 18052021

Saya rasa serba salah tapi perkara ini perlu diberitahu. Beberapa doktor tak mempunyai pilihan tapi terpaksa memilih pesakit yang perlu dimasukkan ke dalam ICU.

“Jika keadaan pesakit terlalu kronik dan tiada harapan untuk sembuh, kami tak akan masukkan dia ke dalam ICU.

“Ini termasuk kes bukan Covid-19. Doktor perlu menjalankan pemeriksaan yang menyeluruh untuk beberapa kes. Bagaimanapun kami akan cuba yang terbaik untuk merawat mereka sehingga sembuh dan stabil.”

Untuk pengetahuan korang, Kedah telah merekodkan kes tertinggi setakat ini dengan 455 kes semalam dan wad ICU di sana telah pun mencecah sehingga 92% kapasiti.

Dr Mohd Hayati turut meminta orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar dapat mengekang penyebaran virus Covid-19.

Kita perlu ingat yang hospital bukan sahaja merawat pesakit Covid-19 tapi juga pesakit yang mengalami kencing manis dan penyakit-penyakit lain yang memerlukan rawatan dan pembedahan. Ada juga pesakit yang perlu dirawat di ICU dahulu selepas pembedahan.”

Moga semuanya dipermudahkan…

 

Baca: Penggunaan Katil ICU di Hospital Untuk Kes Covid-19 di Malaysia Cecah 83% – Dr Noor Hisham

Screenshot 2021 05 21 At 2.13.48 Pm

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.