in

Doktor Maut Alami Pendarahan Otak, Rupanya Sebab Tak Pernah Tukar Topeng Muka Berbulan-bulan

Untitled Collage 58

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang doktor muda berusia 28 tahun di Texas, Amerika Syarikat dilapor meninggal dunia selepas mendapat jangkitan COVID-19.


Memetik laporan New York Post, Dr. Adeline Fagan dipercayai mendapat jangkitan itu setelah berminggu-minggu bahkan mungkin berbulan-bulan tidak pernah mengganti topeng pelitup muka jenis N95 yang dipakainya ketika bertugas di Hospital Houston.

Keluarganya memberitahu, Adeline dikesan mula mengalami gejala jangkitan ketika ditugaskan merawat pesakit COVID-19 di hospital tersebut sejak Julai lalu.

Mereka turut percaya, kekurangan bekalan kelengkapan perlindungan kepada petugas kesihatan menjadi faktor Adeline dijangkiti virus tersebut.

Kakak Adeline, Maureen Fagan turut memaklumkan – adiknya itu memakai topeng muka N95 yang ditulis namanya sendiri selama berminggu lamanya, bahkan mungkin berbulan-bulan.

200922034000 01 Houston Adeline Fagan Covid 19 Death Super 169

Adeline sebelum ini menjalani kuarantin di kediamannya setelah disahkan positif COVID-19. Dia kemudian dikejarkan ke hospital selepas kakaknya mendapati bibir adiknya mula bertukar kebiru-biruan.

Di hospital, Adeline terpaksa dibekalkan oksigen tambahan selama dua minggu selepas paru-parunya gagal berfungsi dengan baik. Dia kemudian dipindahkan ke hospital lain, dan bergantung kepada sebuah mesin yang bertindak sebagai pengganti kepada fungsi jantung dan paru-paru.

Bulan lalu, Adeline dilapor mengalami pendarahan otak dan perlu menjalani pembedahan kecemasan sebelum akhirnya meninggal dunia.

 

Baca: “Gugur di medan perang” – Seramai 100 Doktor Muda Di Indonesia Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Capture 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.