in

Doktor Ini Jelaskan 8 Tanda Anda Mungkin Menghidap Kencing Manis, Periksa Sekarang!

cats 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyakit kencing manis atau nama mudahnya, diabetes bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Dengan makanan di Malaysia yang majoritinya berminyak dan tinggi dengan kalori, tidak mengejutkan apabila Malaysia menduduki tangga teratas dalam kadar diabetes di Asia, malah di antara yang tertinggi di dunia.

Kencing manis adalah antara penyakit yang membunuh dalam diam. Menurut kajian National Health and Morbidity Survey (NHMS), 1 daripada 6 orang rakyat Malaysia adalah pesakit kencing manis.


Di Twitter, Dr. Ahmed (@DrAhmed_KA) ada menerangkan 8 tanda-tanda yang anda mungkin menghidap kencing manis:

1. Kerap buang air kecil

1 3

Kebiasaannya, pesakit akan menyangka mereka kerap membuang air kerana telah minum air dengan terlalu banyak. Namun, tidak semestinya begitu, gula yang banyak di dalam air kencing akan menyebabkan kita berasa mahu buang air secara kerap.

2. Cepat dahaga

2 4

Dengan cuaca yang panas pada ketika ini, tidak pelik jika seseorang itu berasa cepat dahaga dan kerap meminum air. Namun begitu, boleh jadi ini adalah tanda anda menghidap kencing manis. Jumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut!

3. Kerap lapar

3 4

Kerap berasa lapar juga merupakan tanda-tanda awal penyakit kencing manis. Buat anda yang setiap masa lapar tu, apa kata berjumpa dengan doktor jika khuatir akan kesihatan diri sendiri.

4. Keletihan yang melampau

4

Pernah tak anda berasa terlalu penat atau cepat penat selepas melakukan sesuatu aktiviti? Mungkin ini adalah disebabkan daripada kesan kurangnya air selepas kerap membuang air kecil.

Akan tetapi, jangan pula guna alasan selalu penat ini untuk minta MC pula ya!

5. Pandangan mata yang kabur

5 3

Pandangan mata orang yang menghidap penyakit kencing manis boleh menjadi bertambah teruk, disebabkan komplikasi daripada kencing manis.

Saluran darah pada retina boleh tumbuh dengan banyak dan menyebabkan retina bengkak. Lebih parah, boleh mengakibatkan seseorang itu buta jika dibiarkan secara berterusan.

6. Luka lambat sembuh

6 1

Ini adalah perkara yang normal berlaku kepada pesakit kencing manis. Secara purata, luka boleh sembuh seawal tiga hari sahaja, manakala luka pada pesakit diabetes boleh memakan masa selama berbulan-bulan.

Kawasan yang kerap berlaku luka adalah kaki. Jadi, amatlah disarankan untuk kerap periksa kebersihan dan kesihatan kaki anda.

7. Kebas kaki dan tangan

7 1

Mesti anda berdebar-debar selepas baca tanda-tanda yang ketujuh ini kan? Jangan risau sebab ini adalah normal apabila saluran darah ditekan.

Namun, tidak normal buat pesakit kencing manis yang akan berasa kebas tanpa apa-apa sebab.

8 Turun berat badan

8

Pernah tak anda lihat seseorang itu makan dalam kuantiti yang banyak, namun badannya tetap kurus dan berat badan tidak menaik. Malah, ada yang berat badan semakin turun meskipun sudah makan secara kerap.

Ini bukan tanda ada jin dalam badan ya! Ini mungkin tanda-tanda awal penyakit kencing manis.

Jika anda ada tanda-tanda di atas, segera dapatkan khidmat konsultansi dan pemeriksaan doktor yang bertauliah. Jangan tunggu sehingga melarat baru nak buat pemeriksaan doktor pula!

 

BACA: Penerbit Drama ‘Jujurlah Nikahi Aku’ Mohon Maaf Kepada Penyokong Liverpool Selepas Adegan Lap Air Kencing

sfsfsf 1

Sumber: Lifehealth
Sumber: Healthline
Sumber: Buoy Health
Sumber: Baituljannah
Sumber: Fitday

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.