in

Doktor Ini Berlari Sejauh 34km Untuk Buktikan Pakai ‘Face Mask’ Semasa Bersukan Adalah Selamat!

Cc 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita semua maklum, pemakaian pelitup muka telah diwajibkan di Malaysia atas saranan kerajaan dan World Health Organization (WHO) bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.


Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pendapat dari orang ramai yang mengatakan pemakaian mask tidak diwajibkan apabila melakukan aktiviti fizikal kerana mampu menjejaskan pernafasan dan kadar oksigen dalam tubuh badan seseorang.

C1

 

Bagi menolak dakwaan tersebut, seorang doktor dari London, Dr. Tom Lawton telah mengambil inisiatif untuk membuktikan bahawa pemakaian pelitup muka semasa bersukan tidak menjejaskan kesihatan.

Dr. Lawton selaku seorang petugas di unit rawatan rapi (ICU) telah berlari sejauh 34km dengan memakai pelitup muka.

C2 1

Beliau juga memantau paras oksigen dengan menggunakan pulse oximeter yang mengukur tahap ketepuan oksigen dalam sel darah merah individu.

Menurutnya…

“Paras oksigen dalam tubuhnya tidak pernah menurun di bawah 98 peratus walaupun paras melebihi 95 peratus dianggap sebagai normal”

C3 1

Melalui aktiviti ini, beliau bukan sahaja mahu membuktikan pemakaian mask selamat semasa bersukan malah menggunakan peluang ini untuk mengumpul dana di laman GoFundMe untuk bank makanan tempatan. Lapor Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Keadaan cuaca juga mempengaruhi keadaan tubuh badan seseorang. Memandangkan kerajaan Malaysia memberi kelonggaran untuk tidak memakai pelitup muka semasa aktiviti fizikal. Maka sebaiknya kita mengikut saranan pihak kerajaan.

 

Baca: PM: Sukan Outdoor Seperti Jogging, Berbasikal & Main Badminton Akan Dibenarkan Mulai 4 Mei

C4 1

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.