Kalau buka kedai makan, tak sahlah kalau tak dengar kisah pasal sihir menyihir dan cuba sabotaj perniagaan orang lain ni. Admin bukan nak stereotype, tapi hampir 70% perniagaan yang diusahakan orang Melayu mesti akan terkena sihir.
Baru-baru ni, sebuah kedai burger yang terkenal di Perlis buka cerita tentang perniagaan mereka yang telah disihir. Lebih menakutkan, teknik sihir ni guna telekung yang dah lusuh pulak tu.
“Bangsa sendiri yang nak tindas bangsa sendiri, bagus ka?”
Menurut perkongsian Ana Burger di Instagram, sejak akhir-akhir ni mereka sering dapat komen daripada pelanggan yang mengatakan kedai mereka asyik nampak tutup saja walaupun sebenarnya kedai tersebut dibuka pada setiap hari kecuali hari Rabu.
![burger 2](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/01/burger-2.png)
Bagi yang tak tahu, rupa-rupanya kedai Ana Burger terkena sihir buatan orang. Kalau nampak kedai tutup mereka syorkan korang masuk je sebab…
![WhatsApp Image 2019 01 17 at 11.13.53](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/01/WhatsApp-Image-2019-01-17-at-11.13.53.jpeg)
“Nak buat khianat pun janganlah guna telekung”
Ingatkan sihir yang dikenakan kat Ana Burger ni jenis biasa-biasa je. Tapi mereka kongsikan video penemuan kain telekung kat area berdekatan kedai. Uish naik bulu roma admin.
Kalau nak buat benda tak elok pun janganlah guna telekung kan. Bak kata admin Ana Burger ni, telekung orang guna buat sembahyang kot.
https://www.instagram.com/p/Br449bUBaLh/
“Bulan lepas jumpa telekung 3 pasang belah kiri pintu masuk… ni jumpa 3 helai kain tudung mai letak belah kanan kedai”
Rupanya bukan sekali Ana Burger kena perkara macam ni. Dari bulan lepas lagi mereka dah kena ganggu dan yang terbaru si pelaku letakkan kain tudung pulak di bahagian kanan kedai.
https://www.instagram.com/p/BspFWsBBpkV/
“Manusia tak boleh tengok kedai orang lebih sikit, ada je benda dia nak tabur kat depan kedai”
Rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang menimpa kedai burger ini. Kebanyakannya memberi kata semangat dan ada juga yang syorkan beberapa cara untuk pulihkan kedai tersebut dari sihir.
![dengki melayu](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/01/dengki-melayu.jpg)
Diharapkan kedai ni cepat pulih daripada ilmu hitam manusia yang berhati busuk. Nak tahu apa istimewanya kedai Ana Burger? Korang follow je Instagram dorang di sini.
Baca: “Tolong sampaikan kepada dia dan keluarga” – Gambar Terpacak Atas Kubur Kerana Perbuatan Sihir