in

“Anjing setia” – Anjing ‘Redah’ 100KM Selama Seminggu Demi Pulang Ke Rumah Pemilik

Ft Anjing Final 1 E1611375734863

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut pasal anjing, sudah pasti ramai orang gemar membelanya sebagai haiwan peliharaan untuk menjaga keselamatan rumah dan kebun. Namun, bukan itu sahaja, anjing juga merupakan makhluk ciptaan Allah yang sangat cerdik dan setia terhadap tuannya.


Begitulah kisah seekor anjing yang tular baru-baru ini disebabkan kesetiaannya kepada pemilik asal sehingga sanggup melakukan sesuatu yang tidak terjangkau di fikiran.

Seekor anjing berjaya meraih perhatian netizen yang kagum dengan kesetiaannya kepada tuannya sehingga sanggup berjalan meredah lebih 100 kilometer untuk pulang ke rumah pemiliknya!

Kejadian ini dikatakan telah berlaku di Tiongkok, China pada 6 November, Jumaat lepas.

Menurut Liputan6, anjing berbaka Golden Retriever ini telah diberi nama Ping An telah dilaporkan hilang sejak 2 minggu.

 

Bagi kawan jaga sementara waktu

Pemiliknya sebelum ini telah membuat keputusan untuk meninggalkan anjing peliharaannya itu buat sementara waktu untuk dipelihara di rumah kawannya disebabkan rumah mereka kini sedang dalam proses pengubahsuaian.

Namun, setelah berpisah sejak bulan Jun yang lalu, pemiliknya merasa sangat sedih apabila diberitahu oleh rakannya bahawa Ping An tidak pulang ke rumah selama dua minggu.

Mereka beranggapan bahawa Ping An telah lari dari rumah dan tidak diketahui dimana keberadaannya.

Pemilik juga memberitahu bahawa dia tidak mengetahui bahawa anjing ‘setia’ mereka telah melakukan perjalanan sendirian kerana ingin pulang ke rumahnya.

 

Diselamatkan sekumpulan pekerja

Apa yang melegakan hati, sekumpulan pekerja telah berjaya menyelamatkan Ping An apabila mereka terjumpanya berada di hadapan sebuah pejabat dengan kaki yang terdengkot-dengkot.

Anjing yang berwarna coklat keemasan itu kelihatan sangat kurus dan tubuh badannya dipenuhi dengan luka dan bekas calar setelah berjalan sendirian lebih dari 100 kilometer selama dua minggu.

Ia juga dilihat hanya terbaring keletihan di atas jalan dan kekurangan zat. Bukan itu sahaja, Ping An juga kelihatan sedih dengan sentiasa menundukkan kepalanya.

Feat Anjing 1 1

Feat Anjing 2

 

Netizen bantu viralkan maklumat

Gara-gara keadaannya yang menyedihkan itu, salah seorang pekerja pejabat itu telah membantu memberi rawatan kepada Ping An sambil cuba untuk mencari maklumat berkaitan pemiliknya melalui aplikasi WeChat.

Maklumat tentang nasib malang yang menimpa anjing itu akhirnya berjaya ditularkan dengan bantuan netizen sehinggalah sampai ke pengetahuan pemiliknya.

Pemiliknya akhirnya berjaya juga disatukan semula dengan anjing kesayangannya. Dia turut menyatakan bahawa mereka tidak akan pernah lagi meninggalkan Ping An walau apa pun yang terjadi selepas insiden yang menimpa ini.

Kalau kucing tinggal rumah member, agak-agak dia balik tak cari tuan dia? 

Baca: [Video] Lucu! ‘Acah’ Tenang Lalu Depan Anjing Liar, 1 Geng Lari Tak Cukup Tanah Bila Kena Kejar

Baca Anjing 1

Sumber: Liputan6
Sumber: Liputan6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.