in

Dituduh Konon Nak Tuntut Seorang Cucu, Ibu Aliff Aziz Bakal Ambil Tindakan Kepada Pemfitnah

Ft Ibu Aliff Aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bengang dengan tuduhan yang tak berasas, ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza menemplak individu yang memfitnah dirinya.

Menerusi Ig Story miliknya, Siti Hafiza kongsikan satu posting daripada individu yang telah memfitnah dirinya yang konon mengatakan bahawa dia mahu tuntut salah seorang cucunya.


Artikel berkaitan : Terima Mesej Sokongan Dari Netizen, Ibu Aliff Aziz Mohon Maaf Atas Kekhilafan Anaknya

Artikel berkaitan : “Bukan nak larang cuma” – Bella Astillah Perjelas Sebab Kenapa Tak Bagi Bekas Mentua Jumpa Anak Buat Masa Ini

“Untuk orang yang buat hantaran fitnah dajjal pasal diri saya ni, tolong padam atau kami akan ambil tindakan undang-undang terhadap awak! Tolong report akaun TikTok dia ni.”

Screenshot 2024 08 16 130848

Dalam pada itu, Siti Hafiza juga bersedia untuk bersemuka dengan inidividu tersebut untuk mendapatkan maklumat sahih berkenaan dengan dakwaan yang dibuat itu.

“Ini lah orangnya ya, jika dia ingin berbicara dengan saya silakan kerana saya ingin tahu mana dia dapat info fitnah ini.”

Screenshot 2024 08 16 130911

Julai lalu, Hafiza dan Aliff ada muat naik beberapa hantaran yang menunjukkan luahan rasa rindu mereka terhadap anak Aliff dan Bella iaitu Ayden dan Ara.

Bella Astillah dan Aliff Aziz bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Ekoran dengan penceraian itu, Aliff bersetuju untuk memberikan hak penjagaan penuh dua anaknya kepada Bella.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.