in

“Disodomi guna kayu baton” – Polis Seksa Bapa & Anak Di India Sampai Mati Hanya Sebab Tak Ikut Arahan Lockdown?

Collage 48

Sebelum ini, ada tular beberapa video “kelakar” menunjukkan bagaimana pihak polis di India kawal orang yang tak patuh arahan lockdown. Ada yang kena sebat macam budak kecik dan ada juga yang dipaksa untuk masuk ke dalam ambulans yang diletakkan patung konon-kononnya mayat Covid.

Pun begitu, baru-baru ini, kisah kematian bapa dan anak, Jayaraj dan Fenix telah mengundang kemarahan penduduk di Tamil Nadu. Ini kerana, dakwaan mengatakan bapa dan anak ni telah diseksa sehingga mati semasa dalam tahanan polis.

Hinggakan tanda pagar #JusticeForJayarajAndFenix trending di Twitter meminta pihak yang bertanggungjawab atas kematian ini dihukum dengan berat.

Kenapa mereka ditahan?

Ebez8K U0Aavuoq

P Jayaraj yang berusia 59 tahun dan anaknya J Fenix, 31 tahun telah di bawa ke balai polis Sathankulam untuk disoal siasat kerana mereka telah gagal mengikut arahan curfew semasa lockdown dan membuka kedai aksesori telefonnya sehingga lewat malam pada 19 Jun.

Dikatakan, ketika inilah bapa dan anak ini didakwa telah diseksa sehingga Fenix mati pada 22 Jun diikuti bapanya yang mati pada 23 Jun.

Sebuah video telah dikongsikan oleh Suchitra, seorang penulis lirik tempatan di Instagram peribadinya mendedahkan tentang apa yang telah berlaku kepada dua bapa dan anak malang ini.

Dekat bawah ni, admin senaraikan penyeksaan yang didakwa dilakukan oleh pihak polis ke atas Jayaraj dan Fenix:

  1. Lutut mereka dipukul sampai hancur.
  2. Muka dihadapkan ke dinding dan belakang badan dipukul beberapa kali hingga berdarah.
  3. Mereka dibogelkan dan dipaksa duduk di dalam lokap.
  4. Kayu baton digunakan untuk sodomi anak beranak ini beberapa kali.
  5. Alat sulit mereka hancur, koyak dan rosak.
  6. Bulu dada mereka ditarik hingga koyak.
  7. Baju mereka yang dipenuhi darah dihantar ke rumah untuk digantikan dengan baru sebanyak tiga kali.
  8. Pihak polis menetapkan tarikh perbicaraan dengan mahkamah majistret dan dua hari kemudian, mereka disahkan mati kerana kegagalan hati dan demam.

Disebabkan kekejaman ini, orang ramai telah berkempen untuk menghalang kekejaman polis dan ramai selebriti turut meminta keadilan bagi anak beranak malang ini.

Sekarang dua pegawai polis telah digantung kerja dan beberapa pegawai yang lain telah ditukar tempat kerja, pun begitu, belum ada hukuman yang setimpal dijatuhkan ke atas orang yang bertanggungjawab atas kematian Jayaraj dan Fenix.

113121057 Gettyimages 1189259130

Menurut BBC, kekejaman polis di India bukanlah benda baru. Menurut laporan dari NGO di sana, tahun 2019 sahaja, seramai 1,731 orang mati ketika dalam tahanan polis

Menyeksa dan memukul suspek salah satu cara pihak polis di sana untuk mendapatkan pengakuan. Pun begitu, pihak polis yang melakukan perkara ini jarang dihukum, paling teruk pun mereka akan dipindahkan ke daerah atau negeri yang lain.

 

Baca: “Polis kat US dah gila ke?” – Polis Sembur Gas Pemedih Mata Dekat Budak 3 Tahun DUA KALI

Screenshot 2020 06 30 At 3.16.11 Pm

Sumber: Twitter
Sumber: BBC