in

“Diskaun Sehingga 70%!” – Banyak Barangan Menarik Yang Korang Boleh Beli Sempena Lazada Sale 7.7

Lazada 7.7

Setiap tahun, Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7. merupakan salah satu online shopping festival yang dinanti-nantikan dengan pelbagai tawaran menarik, berbaloi serta penjimatan yang hebat! 

Selain itu, Lazada baru je lancarkan Laz Halal, destinasi dalam talian untuk pelbagai produk diperakui Halal dengan pensijilan Halal JAKIM yang sah. Macam-macam produk Halal yang korang boleh pilih di Laz Halal, dan alang-alang nak Raya Haji, jom shopping ramai-ramai kat Laz Halal Jualan 7.7 ini

Untuk itu, min nak kongsi dengan korang, 5 kategori barangan yang korang boleh beli dengan potongan harga lebih dari 70%.

Produk Kecantikan – Bagi self-care dan menyerlahkan kecantikan semulajadi

Antara produk yang berbaloi untuk korang beli tentunya , Innisfree Green Tea Seed Serum Jumbo Set 160ml yang dijual dengan harga RM172 berbanding harga asal RM381. Untunglah dapat jimat sehingga 55% kalau beli sekarang.

Screenshot 6

Berbaloi kan? Untuk pengetahuan korang, selain dari produk ni, sebenarnya ada lagi macam-macam lagi produk kecantikan Korea dan pelbagai jenama antarabangsa idaman hati. Korang hanya perlu pilih je dan check-out pada 7 Julai untuk nikmati tawaran istimewa.

 

Produk Kesihatan – Untuk ahli keluarga and orang tersayang

Bagi produk kesihatan pula, Swisse Ultiboost Vitamin D3 yang mengandungi 1000IU Vitamin D3 boleh korang add to cart terusProduk ini bukan sahaja boleh menyokong tulang yang kuat serta gigi yang sihat, malah membantu penyerapan kalsium dan menyokong fungsi otot.

Screenshot 7

Sempena 7.7 nanti, 2 botol Swisse Ultiboost ini akan dijual pada harga RM49 sahaja berbanding harga asal RM98! Murah kan?

 

Barangan Sukan – Badan sihat, otak cergas!

Untuk ‘kaki gym’ kat luar sana, min ada terjumpa tawaran best iaitu, Onetwofit Adjustable Door Pull Up Bar Push Up Sit-ups Bar yang korang boleh gunakan untuk lakukan pelbagai jenis senaman.

Screenshot 8

Paling best, ia tak perlukan pemasangan skru, tak perlu tebuk lubang dan alat ini tak merosakkan permukaan dinding mahupun pintu. Untuk tempoh terhad, korang boleh beli bar pelbagai fungsi ni dengan harga paling best iaitu RM49 sahaja berbanding harga asal RM229!

Home & Living – Untuk keselesaan sekeluarga anda

Kalau korang nak cari cadar yang berkualiti, diperbuat dari kain mikro satin, jom dapatkan set Ashley Myles Moment Queen 4-IN-1 Fitted Bedsheet ni.

Ezgif.com Gif Maker 9

Didatangkan dengan set 4 dalam 1, iaitu cadar bersaiz Queen, 2 sarung bantal biasa dan juga 1 sarung bantal peluk! Dengan fabrik berkualiti jenis mikro satin ni, kelembutannya umpama sutera dan tahan lasak seperti polyester.

Sempena 7.7 nanti, set yang harga asalnya RM199 akan dijual pada harga RM37.50 sahaja! Memang berbaloi sangat tau!

 

Barangan Ibu & Bayi – Menyambut kelahiran anak kesayangan

Untuk kategori ibu dan bayi pula, ada macam-macam tawaran menarik yang korang semua boleh nikmati. 

Antara yang menarik perhatian min ialah satu set pakaian sedondon untuk sekeluarga PatPat Family Matching Outfits ni.

Ezgif.com Gif Maker 10

Kalau korang suka pakai sedondon waktu keluar sekeluarga, boleh dapatkan baju sedondon ni nanti dengan harga hanya RM19.99 untuk satu set, daripada asal RM55! 

Pelbagai tawaran hebat, ganjaran hangat serta shoppertainment sempena Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7, dari 7 hingga 9 Julai 2022!

Lazada 7.7 Mid Year Sale Bm

Rasa teruja sangat sebab Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7 akan dihujani 15 juta LazCoins setiap hari khas untuk ditebus oleh para pelanggan. Tiada nilai perbelanjaan minimum yang disyaratkan bagi melayakkan mereka menikmati pulangan tunai, dengan insentif sehingga 77% dalam bentuk LazCoins*.

Untuk menikmati lebih penjimatan, para pelanggan boleh mencari produk dalam aplikasi yang menawarkan LazCoins diskaun untuk penjimatan sehingga 20%. Anda juga boleh memilih untuk menebus LazCoins sebagai pertukaran untuk ganjaran hebat daripada jenama terkemuka yang bernilai sehingga RM150,000, dari sekarang sehingga 10 Julai.

Lazada 7.7 Mega Show

Pada 7 Julai pukul 9 malam, jom ramai-ramai tonton Mid-Year 7.7 Mega Show di LazLive dan laman rasmi Lazada di YouTube, Instagram, Facebook dan TikTok untuk menyaksikan barisan selebriti terkenal seperti Nabila Razali, Anis Nabilah, Yaya Zahir, dan ramai lagi yang akan bertanding sesama sendiri bagi membantu penonton merebut pelbagai tawaran hangat!.

Penonton juga berpeluang memenangi hadiah menarik seperti– iPhone 13 Pro Max, LazCoins sebanyak 70,000, dan baucar bernilai RM30,000 apabila menonton persembahan tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Jualan Mega Pertengahan Tahun Lazada 7.7,layari laman web Lazada atau muat turun aplikasi mudah alih Lazada di App Store, Google Play Store, atau HUAWEI AppGallery.

Sumber: Lazada
Sumber: Lazada
Sumber: Lazada
Sumber: Lazada
Sumber: Lazada
Sumber: Lazada