in

Disangka Mati, Lelaki Ditusuk Pisau Di Kepala Kembali Bekerja Selepas 3 Hari

Ft Haka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti pernah dengar perumpamaan bagaikan mati hidup kembali. Tapi kali ini, kejadian yang berlaku kepada lelaki di Capetown ini betul-betul menggambarkan perumpaan tersebut.


Lelaki ini yang dikenali sebagai Christopher Harker, 38, pernah ditembak sebanyak tujuh kali dan dianggap mati di tempat kejadian.

Saat ahli keluarga sedang meratapi tubuhnya, Harker yang terbaring dalam hujan mula dan berjalan menuju ke rumah yang berada berhampiran dengan kejadian itu. 

Tubuhnya yang tadi ditutupi kain putih dilihat berjalan sebelum pihak ambulans mengikatnya pada papan pengusung dan dibawa ke hospital.

Tak cukup dengan kejadian itu, Harker sekali lagi menggemparkan kota itu.

Capture 2 2

 

Pisau Melekat Di Kepala

Tidak cukup sekali, Harker sekali lagi menjadi buah mulut ramai apabila videonya dengan pisau tertusuk di kepala mula tular.

Kali ini lagi sekali dia menggemparkan kota itu apabila tular sebuah video menunjukkan pisau melekat di kepala Harker, malah di dalam keadaan sedar ketika itu.

Penularan videonya menimbulkan banyak tanda tanya dalam kalangan netizen mengenai keadaan lelaki itu.

Capture 1 6 1

Menurut Haka setelah diserang secara tiba-tiba, dia bertindak mengejar penyerangnya itu, sebelum menyedari pisau yang tertusuk di kepalanya SinarPlus.

“Seorang lelaki keluar entah dari mana, saya merasakan satu pukulan keras dan mula mengejarnya, kemudian saya sedar ada pisau tersangkut di sebelah kanan kepala saya.

“Saya sedar yang saya mungkin akan membahayakan diri sendiri. Saya cuba untuk mengeluarkan pisau itu, tetapi ramai suruh saya menunggu sahaja ambulans.

Ketenangan Haka memang tidak boleh dinafikan lagi. Dia sempat menghubungi keluarganya untuk memberitahu bahawa dia dalam perjalanan ke hospital.

Nasib baik dia tak bawa ambulans tu sekali!

“Saya duduk dan menunggu ambulans tiba. Ketika mereka tiba, saya masuk ke dalam kenderaan sendiri dan masih dapat menghubungi keluarga saya untuk memberitahu mereka bahawa saya dalam perjalanan ke hospital.

“Saya masuk ke hospital sendiri dan orang-orang melihat saya dengan terkejut,”

Capture 13

Setelah menerima rawatan, Haka diberikan dua ubat penahan sakit dan empat jahitan di kepalanya.

Haka juga dikatakan kembali bekerja selepas tiga hari terbabit dengan serangan itu.

Jurucakap polis bagaimanapun sedang berusaha mencari si pelaku dalam cubaan membunuh Haka.

Baca : Dengan Malaysians pun racist Hostel Reggae Mansion Masjid Jamek Kantoi Racist Tak Bagi Orang Asia/Afrika Menginap

Capture 13 9

Sumber: Dailystar
Sumber: Dailystar
Sumber: Dailystar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.