Penerbit dan pengarah drama terkenal, A Aida sebelum ini ditidurkan susulan rebah selepas menjalani fisioterapi.
Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim memaklumkan penerbit yang juga rakan baiknya itu sudah boleh bercakap selepas sedarkan diri.
Artikel berkaitan: Dharma Harun Teruja A.Aida Bagi Tawaran Berlakon
Artikel berkaitan: Penyanyi 90an Sheqal Terpaksa Ditidurkan, Oksigen Menurun Kerana Jangkitan Paru-paru
“Alhamdulillah, sahabat saya, A Aida sudah kembali sihat dan sekarang beliau sedang berehat.
Alhamdulillah, sudah boleh bercakap dan minum. Terima kasih kepada semua rakan-rakan artis, wartawan dan rakan taulan yang bertanya khabar serta mendoakan.
Semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya. Hidayah milik Allah,” katanya.
Anak keduanya yang juga pelakon, Azeva Natassha, 24, berkongsi menerusi Instagram Story (IGs) bahawa penerbit terkenal, A Aida, 55, sudah sedarkan diri.
A Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas rebah ketika menjalani sesi fisioterapi pada Khamis lalu.
Sebelum ini, penerbit drama itu menjalani prosedur pembedahan lutut yang biasa dilakukan, difahamkan pihak hospital juga sedang meneliti bagaimana prosedur tersebut boleh menyebabkan A Aida tidak sedarkan diri.
Sumber: Berita Harian