in

“Dilarang muat naik apa-apa di media sosial” – Mahkamah Larang Ira Kazar Ganggu Puteri Sarah

Dilarang Muat Naik Apa Apa Di Media Sosial Mahkamah Larang Ira Kazar Ganggu Puteri Sarah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut antara pelakon Puteri Sarah dan anak pelakon tempatan Ira Kazar menjadi semakin tegang apabila mahkamah telah mengeluarkan perintah supaya Ira Kazar tidak mengganggu isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof.


Dalam laporan Harian Metro, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu mahkamah mengekalkan perintah interim injuksi termasuk defendan (Ira Kazar) serta pihak berkaitan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa saja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.

Untitled Design 2022 07 04T161348.882

“Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah. Sebelum ini plaintif sudah mendapatkan perintah interim injuksi dan permohonan itu sudah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan sudah diterimanya,” katanya.

Selain itu, Hakim Mahkamah Sesyen Rofiah Mohamad berkata, mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Ira Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan dan mahkamah telah menetapkan tarik 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah telah mendapatkan perintah injunksi interim dan permohonan tersebut telah dihantar kepada Ira Kazar 28 Jun lepas.

Harap selesai cepatlah perkara ini…

Baca: “Saya lakukan untuk maruah saya” –  Puteri Sarah Failkan Saman Terhadap Ira Kazar

Puteri Sarah Saman Ira Kazar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.