in

“Dilarang menggunakan gelaran finalis” – Peserta ‘Rasis’ Disingkirkan Dari Miss International Malaysia

Untitled Design 2022 03 18T170350.291

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi ratu cantik dan mewakili sesebuah negara itu bukan sahaja bermakna mereka hanya cantik dari luaran sahaja, mereka juga harus menonjolkan kebijksanaan serta menjadi ikon buat negara tersebut.


Baru-baru ini, isu hangat yang diperkatakan mengenai salah seorang finalis Miss International Malaysia (MIM) dimana dia mengeluarkan kenyataan dalam media sosial yang mengundang kecaman netizen.

First of all I never knew that A person who ⚠️ NEVER WANT TO ADMIT HERSELF AS MALAYSIAN ⚠️Can take up the title of…

Posted by Hui Yue on Saturday, March 12, 2022

Sebelum ini, dia mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman apabila dia menyatakan dia tidak pernah menganggap dirinya seorang rakyat Malaysia.

Difahamkan, puncanya hanyalah kerana jurugambar tempatan tidak mengambil gambarnya dengan baik.

Gelaran finalis dilucutkan serta-merta

Disebabkan itu, organisasi MIM mengeluarkan kenyataan dimana dia tidak dibenarkan menggunakan gelaran finalis untuk pertandingan ratu cantik tersebut meskipun pertandingan itu telah tamat.

Beberapa hari selepas isu ini tular, pihak MIM tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi hari ini mereka mengumumkan dalam Instagram mereka bahawa Abby Lee tidak akan dibenarkan menggunakan gelaran finalis dan gambar-gambarnya sewaktu pertandingan tersebut turut dipadamkan.

“Kami juga berharap semua pihak akan meneliti kesahihan mana-mana berita sebelum berkongsi. Disebabkan kewujudan artikel berita palsu menyatakan peserta itu dipilih sebagai Top 8 Miss International Malaysia 2022 yang memburukkan lagi organisasi ini.” dalam kenyataan itu.

Organisasi itu juga turut memohon maaf atas isu dan kecelaruan ini.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya…

Baca: “Kenapa saya dilahirkan di Malaysia” – Finalis Ratu Cantik Dikritik Kerana Posting Rasis?

Untitled Design 2022 03 18T164943.560

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.