in

Dilahirkan Berwajah Seakan Manusia, Kambing Didakwa Jelmaan Nenek Moyang, Siap Dipuja Penduduk Kampung!

Cats 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak baca majalah Mastika yang kononnya bila orang tu buat salah, dia disumpah jadi katak la, berwajah seperti ular la. Legend kot majalah Mastika tu!


Nak tahu tak? Ada satu berita yang mengejutkan penduduk kampung di Gujarat, India apabila seekor anak kambing dilahirkan berwajah seperti manusia! Ini kalau masuk majalah Mastika ni, mesti korang dah kaitkan haiwan ni dengan sumpahan sebab jadi anak derhaka.

Capture 33

Menurut mStar, anak kambing tersebut dilahirkan di sebuah rumah penduduk kampung tersebut yang bekerja sebagai petani.

Fizikal anak kambing itu nampak macam kambing normal sebab dia ada empat kaki dan telinga sama macam kambing tapi yang aneh bila muka dia sebiji macam manusia tau! Bukan itu sahaja, haiwan ini juga dilahirkan tanpa ekor.

Tapi sayangnya, anak kambing ini cuma mampu hidup selama 10 minit sahaja selepas dilahirkan.

 

Jelmaan nenek moyang

Viral sebelum ini video dan gambar anak kambing berwajah manusia itu yang dikatakan dipuja oleh penduduk kampung di situ sebab diorang dakwa yang haiwan aneh itu merupakan kelahiran semula nenek moyang mereka.

Korang boleh tengok dalam video itu yang anak kambing yang sudah tidak bernyawa itu diletakkan atas sehelai kain dan sebatang lilin dihidupkan ditepi sambil dikelilingi oleh penduduk kampung yang dipercayai sedang memuja haiwan tersebut sebelum ditanam.

Sebenarnya, pemujaan haiwan aneh di India dikira sebagai perkara biasa sebab bagi diorang, haiwan aneh ini sebenarnya jelmaan dewa.

Ini kalau haiwan lahir berwajah manusia dekat Malaysia, tak sah kalau orang tak kaitkan dengan anak derhaka. Wallahualam.

 

Sumber: mStar , India.com

Baca: “Selera aneh”- Warga Emas Di India Ini Suka Makan Batu Sejak 32 Tahun Lalu

Bb

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.