Isteri kepada pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki iaitu Katy Louise selamat melahirkan cahaya mata mereka yang kedua di sebuah pusat perubatan di Rom, Itali semalam.
Joong Ki meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuannya dan memberitahu isteri serta bayinya itu berada dalam keadaan baik.
Artikel berkaitan : “Tuah janda” – Song Hye Kyo Makin Banyak Dapat Offer Lepas Cerai, Song Joong Ki Pula…
Artikel berkaitan : “Siapa nak menipu lagi lepasni?” – Ahli Running Man Kirim Surat Sedih, Penerbit Menangis Shooting Episod Akhir Lee Kwang Soo
“Saya kini berada di Rom dan baru setahun lebih sejak saya bertemu anak pertama saya di sini, saya dikurniakan seorang lagi bayi yang cantik.”
“Puteri cantik kami dilahirkan dengan sihat. Isteri dan bayi saya berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.”
Rata-rata peminat memberikan ucapan tahniah kepada mereka atas kelahiran bayi baru itu. Untuk rekod, Joong Ki dan Katy Louise Saunders mendirikan rumah tangga pada Januari 2023 dan menimang cahaya mata pertama mereka pada Jun 2023.
Sumber : mStar Online