Satu video kini sedang tular memperlihatkan keadaan eskalator sebuah pusat beli-belah yang usang, video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi satu hantaran daripada seorang pengguna Threads, rakaman itu dibuat semasa individu ini sedang berkunjung ke sebuah pusat beli-belah yang terletak di sekitar Kajang.
Artikel berkaitan : Jijik! Warga Asing Selamba Buang Air Kecil Atas Eskalator, Undang Kecaman Netizen
Artikel berkaitan : “Korang sihat naiklah eskalator” – Wanita Bawa Stroller Bengang Golongan Bujang Guna Lif Cetus Pelbagai Reaksi Netizen
Menurutnya, eskalator tersebut tidak dihidupkan namun tiada palang diletakkan untuk menghalang pengunjung daripada menggunakannya.
View on Threads
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa bimbang dan ada juga yang menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku berpunca daripada kebakaran yang berlaku di tempat itu baru-baru ini.
Dalam pada itu ada juga yang dapat membayangkan suasana di tempat tersebut apabila melihat persekitarannya.

Sumber : Threads
