in

Dijangka Boleh Rentas Negeri Pada November & Disember Nanti – PM

1185168

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi Sidang Pelan Pemulihan Negara daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjelaskan bahawa pelan pemulihan negara ini akan terbahagi kepada 4 fasa.

Bagi Fasa 1 akan dilakukan PKP menyeluruh dan hanya perkhidmatan perlu (essential) sahaja boleh beroperasi, namun untuk beralih ke Fasa 2, kes harian perlu berada di bawah 4,000 kes, penggunaan katil di wad ICU pada paras sederhana dan kadar vaksinasi perlu ada pada 10% populasi.


Bagaimanpun unjuran peralihan Fasa 1 tertakluk kepada pencapaian nilai ambang pada awal Julai nanti, untuk peralihan ke Fasa 2, ia dijangka akan berlaku pada bulan Julai dan Ogos, namun begitu untuk Fasa 2 ini, sektor masih tutup

E36yYSbVcAI3E2X

Untuk beralih ke Fasa 3, kes harian perlu kurang daripada 2,000 kes dan penggunaan katil di ICU berada di paras mencukupi dan kadar vaksinasi berada pada kadar 40% vaksinasi dan unjuran peralihan Fasa ini tertakluk kepada pencapaian nilai ambang pada akhir Ogos.

Bagi Fasa 3 pula, ia dijangka berlaku berlaku pada September dan Oktober, sektor sosial akan dibuka secara berperingkat. Untuk beralih ke Fasa 4, kes harian perlu kurang daripada 500 kes dan katil di wad ICU pada paras mencukupi dan kadar vaksinasi berada di kadar 60% populasi, unjuran peralihan fasa tertakluk pada pencapaian nilai ambang pada akhir Oktober.

Untuk Fasa 4, ia akan dijangka berlaku pada November dan Disember ini, untuk Fasa ini pembukaan penuh dibenarkan termasuklah sektor sosial dan dibenarkan merentas negeri.

 

Baca : Vaksin COVID-19: Malaysia Bakal Terima Sekitar 16 Juta Dos Dalam Masa 2 Bulan Akan Datang – PM

PM 1

 

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.