Gempar sebuah perkampungan dekat Tegal, Jawa Tengah apabila penduduk menemui tulang manusia dalam karung di rumah kosong baru-baru ini. Mayat itu kemudian dikenal pasti sebagai Nurhikmah berusia 16 tahun dan dijumpai selepas penduduk membuat aduan terdapat bau busuk datang dari rumah kosong itu.
Menurut Sosok, pihak polis kemudian berjaya menahan 5 remaja, 3 lelaki dan 2 perempuan yang menjadi dalang di sebalik kematian Nurhikmah. Kesemua suspek berusia di antara 15 tahun dan 24 tahun.
Selepas disiasat, rupa-rupanya mereka merupakan rakan kepada mangsa, malah salah seorang suspek lelaki itu merupakan teman lelakinya. Sebelum melakukan pembunuhan, mereka dah membahagikan tugas masing-masing.
Menurut pengakuan mereka, berikut adalah kronologi kejadian:
- Nurhikmah dipaksa ikut mereka ke pesta alkohol di sebuah bangunan kosong.
- Selepas habis minum, mereka ajak Nurhikmah ke sebuah rumah kosong yang lain pula. Rumah itu terletak di Desa Cerih, Tegal dan di sana mereka membuat pesta alkohol sekali lagi.
- Dalam keadaan mabuk, teman lelaki sempat mengajak Nurhikmah membuat seks sambil disaksikan 4 suspek yang lain.
- Sebaik selesai bersetubuh, teman lelakinya terus mencekik Nurhikmah. Ketika itulah, suspek yang lain memainkan peranan masing-masing.
AM (teman lelaki) berperanan mengeksekusi dengan mencekik, dibantu MS memegang tangan dan pundak (bahu) korban.”
- Suspek bernama SA pula diberi tugas memegang kaki dan tangan dibantu oleh dua suspek perempuan. Mangsa dicekik sambil anggota badan yang lain dipegang supaya dia tidak melawan.
Ketika warga kampung mengebumikan Nurhikmah, salah seorang suspek turut berada di situ dan ada juga yang turut berada di lokasi ketika mayat dijumpai.
Usai membunuh pelaku tetap melakukan kegiatan sehari-hari, artinya tidak kabur. Mereka diamankan di rumah masing-masing.”
Selepas ditahan pihak polis, mereka dikatakan tidak gentar dan tidak menyesal dengan perbuatan jenayah itu. Apabila ditanya, mereka mengaku tidak tahan kerana mangsa melontarkan kta-kata kesat.
Bukan itu saja, menurut kesemua suspek pembunuhan itu berlaku kerana mereka kononnya dihantui oleh sosok kuntilanak yang berwajah seperti mangsa!
Mereka mengaku dalam sebulan terakhir sering didatangi dan digentayangi sosok misterius. Wujudnya menyerupai korban.”
Tapi, bukan suspek je yang cakap macam tu malah kedua ibu bapa Nurhikmah pun mengaku kerap didatangi sosok misteri seperti kuntilanak itu.
Misteri juga eh. Bukan setakat suspek, tapi parents pun dah cakap macam tu… ?