in

Didakwa Terkunci, Gate 13 Jadi ‘Saksi’ Ratusan Nyawa Terkorban di Stadium Kanjuruhan

Ds

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari yang lepas, terjadi satu tragedi yang boleh dikatakan menyayat hati apabila penonton-penonton bola sepak di Stadium Kanjuruhan, Indonesia menghadapi detik cemas sehingga mengorbankan banyak jiwa.


Difahamkan ratusan orang telah meninggal dunia dengan beberapa penonton ada yang meninggal di tempat kejadian dan ada juga di hospital. Melihat kepada punca, rata-rata saksi memberitahu bahawa gerbang 13 adalah antara tempat korban yang paling ramai dijumpai di tempat kejadian.

Kerusuhan Di Stadion Kanjuruhan 17 169

Menurut CNN, tiada data yang tepat mengenai jumlah yang terkorban di pintu 13 Stadium Kanjuruhan dan cuma ada yang meramalkan lebih 50 orang meninggal dunia di tempat kejadian khususnya di pintu 13 itu.

Tragedi Stadium Kanjuruhan dan bagaimana pintu 13 jadi ‘saksi’ kepada ramai korban

Pada awalnya, perlawanan bola sepak berlangsung secara normal dan seakan tiada apa yang berlaku. Namun, detik mencemaskan terjadi selepas seorang penyokong menceroboh masuk dari kawasan penghadang terus ke padang bola.

Penyokong tersebut difahamkan mendekati pemain Singo Edan yang berkumpul di tengah padang sehingga menyebabkan puluhan penyokong lain sekali ikut masuk.

Disebabkan semakin ramai yang menceroboh masuk ke padang, pihak polis terus bertindak dengan menghalau semula mereka ke tempat duduk. Namun, dalam situasi tersebut juga dilihat ada sejumlah polis yang menggunakan kekerasan dengan memukul dan menjatuhkan mereka.

Suasana Stadion Kanjuruhan Pasca Tragedi 169

Melihat situasi yang tegang itu, kebanyakan penonton yang berada di tempat duduk bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada pihak polis dan terus melepaskan gas pemedih mata di dalam stadium tersebut.

Menurut Ketua Suruhanjaya Tatatertib PSSI, Erwin Tobing, tribun pertama yang ditembak gas pemedih mata adalah di bahagian selatan dan seterusnya diluncurkan ke semua sudut di dalam stadium, menyebabkan kekecohan berlaku.

Penonton cuba keluar dari stadium dan disebabkan pintu keluar Stadium Kanjuruhanitu  kecil iaitu kira-kira satu meter sahaja, ramai yang berasak-rasak untuk menyelamatkan diri daripada gas pemedih mata sehingga dikatakan ada yang kena pijak dek jumlah yang ingin keluar terlalu ramai.

Kelalaian pengawal keselamatan punca pagar tak dibuka?

Ditambah pula apabila beberapa pintu belum dibuka oleh petugas keselamatan yang menyebabkan banyak penonton terperangkap di dalam stadium tersebut dan mengalami sesak nafas.

Menurut Erwin, pintu yang belum dibuka adalah 11,12, dan 13. Disebabkan itu, Suruhanjaya Tatatertib PSSI mempersoalkan mengenai pagar yang tak dibuka hingga menyebabkan banyak korban.

“Pintu itu kan kejadian di tribun selatan. Pintu 11,12,13 dan harusnya perlu dibuka. Di bahagian tersebut ribuan orang duduk di situ dan pasti menjadi kekecohan.”

Dia juga mengatakan bahawa ia sebahagian daripada kelalaian petugas keselamatan Arema FC yang tidak membuka pagar semasa perlawanan berlangsung.

Gate 13 Stadion Kanjuruhan Yang Menjadi Saksi Sejarah Banyak Hbyk

@alfanpaulo

????????13 ?????#kanjuruhandisaster

♬ suara asli – alfanpaulo – alfanpaulo

Namun, petugas keselamatan yang menjaga pintu 11,12, dan 13 tidak membuka pintu di 10 minit terakhir kerana ada banyak penonton di luar dan bertujuan untuk menghindari penonton yang tidak bertiket masuk ke dalam.

Pada saat kejadian dan video yang dikongsikan oleh mangsa, keadaan di dalam pagar dan tribun itu juga gelap dan sukar untuk penonton meloloskan diri.

@jatimtimes

Alfatiha untuk para korban. #tragedikanjuruhan #kanjuruhandisaster #gate13 #gate13kanjuruhan #usuttuntas #arema #aremania #malang

♬ original sound – JatimTIMES – JatimTIMES

Tragedi tersebut dianggap peristiwa kedua yang paling teruk dalam sejarah bola sepak dan mendapat semua perhatian media di seluruh dunia.

Salam takziah kepada waris ahli keluarga yang terkorban…

Baca: Page Bola Teruk Dikecam Gara-gara Posting Tak Sensitif Isu Kematian Penonton Bola Sepak Di Indonesia

Screenshot 2022 10 05 At 12.36.02 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.