in

Didakwa Hidang Daging Babi, OldTown White Coffee Pertimbangkan Tindakan Undang-Undang

Ft Babi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu lalu tersebarnya satu video mengenai sebuah premis makanan yang didakwa menghidangkan daging babi dalam menu mi karinya.



Video tersebut yang telah viral di beberapa aplikasi  menuduh OldTown White Coffee menghidang daging haiwan itu serta meminta orang ramai untuk tidak menjamah hidangan itu.

Susulan penularan video itu, premis itu dikunjungi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menjalankan siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati infomasi yang tersebar adalah tidak benar kerana OldTown White Coffee turut memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sejak tahun 2010 lagi, lapor mstar

Capture 1 3 6

“OldTown White Coffee menolak semua khabar angin dan dakwaan bahawa produk-produk kami mengandungi bahan babi.

“Dakwaan dalam video yang sedang disebarkan di pelbagai saluran media sosial adalah tidak benar. Pensijilan halal serta peraturan yang ditetapkan bukanlah sesuatu yang dipandang ringan.

“Kami memastikan bahawa ramuan yang digunakan dalam makanan dan minuman kami langsung tidak mengandungi sebarang kandungan babi atau bahan tidak halal,” – Pengurus premis

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Facebook milik mereka turut mengesahkan sijil yang dimiliki premis tersebut.

Penjelasan Isu Status Halal Mi Kari OLDTOWN White CoffeeRamai pengguna di media sosial mula menularkan video yang…

Posted by Bahagian Hab Halal, JAKIM on Thursday, November 12, 2020

“Berdasarkan semakan pihak kami, premis makanan OldTown White Coffee merupakan pemegang SPHM yang sah.

“Perlu difahami bahawa premis makanan yang memiliki SPHM bermaksud seluruh rantaian halalnya telah disemak dan disahkan oleh pihak berautoriti,”

Capture 7

Pihak OldTown White Coffee turut menggesa supaya penyebaran video palsu ini dihentikan oleh netizen selain mereka turut mempertimbangkan pengambilan tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan tuduhan palsu.

“Kami menggesa dan memohon bantuan para netizen supaya hentikan penyebaran sebarang maklumat palsu,”

“Kami sedang berbincang dengan pihak guaman dan kami akan mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap individu-individu yang didapati membuat tuduhan palsu,”

Sebarang keraguan terhadap mana-mana premis juga boleh disemak melalui Portal Halal Malaysia iaitu di www.halal.gov.my atau aplikasi telefon pintar SmartHalal.

Jadi lepas ni kena beringat la sebelum sebarkan sesuatu, kerana pulut santan binasa, kenara mulut badan binasa…

Baca : B*bi Dalam Mi Kari? KPDNHEP Siasat Restoran Terkenal Lepas Terima Aduan Pelanggan

Capture 7 6

Sumber: NST
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.