in

Diculik 14 Tahun Lalu, Anak Jumpa Semula Dengan Ibu Lepas DM Di Facebook

Fi 14 Tahun Terpisah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selaras dengan peredaran arus semasa, nyata media sosial yang kian meluas digunakan masa kini tak dapat dinafikan dapat menggembirakan hati seorang insan yang menunggu kepulangan ahli keluarga tersayang.


Seperti kejadian berlaku baru-baru ini, seorang remaja perempuan berasal daripada Florida, Amerika Syarikat, yang diculik kira-kira 14 tahun lalu bertemu semula dengan ibunya selepas mereka berhubung menerusi Facebook.

Remaja berkenaan bernama Jacqueline Hernandez, kini berusia 19 tahun telah menghantar direct message (DM) kepada ibunya Angelica Vences-Salgado pada awal bulan ini dan memberitahu bahawa dia sekarang menetap di Mexico.

14 Tahun Terpisah 2

 

Anak nak berjumpa

Berdasarkan siaran akhbar dilakukan oleh Jabatan Polis Clermont (CPD), pada 2 September 2021 itu, ibu remaja berkenaan memaklumkan pada CPD bahawa dia dihubungi oleh seorang gadis yang mengaku sebagai anak perempuannya yang telah lama hilang dulu lapor NDTV.

Wanita tersebut turut mendedahkan, bahawa gadis itu memintanya untuk berjumpa dia di pintu masuk ke Amerika Syarikat di Laredo, Texas pada 10 September 2021.

Susulan dari laporan itu, pasukan polis di Florida dan Texas serta penyiasat dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dah susun rancangan untuk mengendalikan pertemuan dan mengesahkan identiti Hernandez.

Selepas siasatan dijalankan, pegawai mengesahkan bahawa dokumen yang disediakan oleh pelbagai agensi terlibat telah menoktahkan bahawa remaja tersebut ialah anak perempuan Vences-Salgado yang telah lama hilang.

Posted by Clermont Police Department (FL) on Monday, September 13, 2021

Berita soal penculikan Hernandez ini telah dilaporkan pada 22 Disember 2007, dan ketika itu dia berusia enam tahun.

Dia juga dikatakan telah diculik dari rumahnya di Clermont, Florida, oleh ayahnya sendiri Pablo Hernandez.

Mereka telah bertemu semula di sempadan Amerika Syarikat-Mexico pada Isnin, buat pertama kali setelah mereka terpisah.

Betapa hebatnya kuasa media sosial zaman sekarang ni.

 

Baca : “Macam dalam drama” – Pengantin Perempuan Dapat Tahu Bakal Mertua Rupanya Ibu Kandungnya Yang Dah Lama Terpisah

Foot 14 Tahun Terpisah

Sumber: NDTV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.