in

“Dicuci dengan air kotor sebelum ditinggalkan” – Bayi Down Sindrom Ditemui Berbungkus Dalam Kain Batik Dekat Ladang Sawit

Bayi2

Sebelum ini, kajian ada menunjukkan bahawa  kes pembuangan bayi semakin meningkat. Menurut Astro Awani, statistik menunjukkan bayi yang baru lahir dibuang tiga hari sekali. Ini adalah masalah sosial yang serius di Malaysia.

Dapat dilihat sendiri apabila ada kes, seorang bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan dan menghidap sindrom down, ditemukan dalam ladang kelapa sawit di Kemayan, Pahang kira-kira 175 kilometer dari sini, hari ini. Harian Metro

Erc Cy2Vkaa6Zxo

Kata Ketua Polis Daerah Bera Deputi Superintendan Mansor Samsudin, bayi tersebut ditemui kira-sekitar jam 1.45 tengah hari tadi oleh dua pemancing.

Mereka masuk ke ladang berkenaan untuk menahan jaring menangkap ikan di kawasan dilanda banjir.

“Pemancing berkenaan mendakwa mereka menjumpai sebuah kotak dan apabila diperiksa, terdapat bayi perempuan yang cukup sifat dibalut menggunakan kain batik berwarna hitam, dengan kesan gigitan semut di badannya.”

Erc Cy4Voampcpk

“Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati bayi seberat 2.12 kilogram itu dipercayai dilahirkan antara 5 hingga 7 pagi tadi, dan dicuci dengan air kotor sebelum ditinggalkan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Mansor berkata bayi berkenaan dihantar ke Hospital Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan penemuan berkenaan dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Baca : Bayi Kembar Maut Selepas Ditinggalkan Dalam Kereta 8 Jam!

Bayi

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter