in

Diberhentikan Akibat Covid-19, Pramugari Ini Beralih Kerjaya Sebagai Penjual Tong Gas

Ft Filipina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyebaran Covid-19 membuatkan ramai sedar tiada satu pun pekerjaan yang akan kekal dalam hidup buat selamanya. Lebih menyedihkan lagi, ramai pekerja yang terpaksa diberhentikan daripada kerja mereka kerana banyak syarikat besar mengalami kerugian dari segi ekonomi.


Turut terkesan dengan isu ekonomi dunia, syarikat penerbangan memutuskan untuk memberhentikan pekerjanya. Tidak banyak bezanya dengan di Malaysia, pramugari di Filipina ini turut menerima tempias keputusan syarikat tersebut.

Menurut Maurice Maureen Avila setelah tiga tahun menaburkan bakti dalam bidang yang diminatinya itu, dia terpaksa akur dengan kehendak syarikat itu untuk memberhentikannya.

Ketika dilanda pandemik ini, tiada siapa yang mahu perkara itu menimpa dirinya. Namun apakan daya…

Maurice yang diberhentikan sejak 16 Oktober lalu mengakui terlalu kecewa dengan berita yang diterimanya itu.

Kesannya dia bukan sahaja mula kehilangan selera makan, malah membuatkan dia menangis setiap malam memikirkan nasib dirinya.

Capture 1 3 1

 

Bangkit semula!

Wanita itu turut akui dia cukup terkesan dengan keputusan syarikat itu hingga dia mempersoalkan banyak perkara.

“Setiap malam saya bertanya kepada Tuhan mengapa jadi begini sedangkan saya bekerja keras selama ini.

Namun setelah puas meratapi kesedihannya itu, Maurice nekad untuk menjalankan perniagaan tong gas cecair petroleum (LPG) bersama dengan teman lelakinya lapor Harian Metro.

“Hingga satu hari, tercetus idea untuk menjual tong gas (LPG) dan sejak itu, saya nekad meneruskan jualan bersama kekasih saya.

“Saya kembali bersemangat dan harap mereka yang senasib tidak berputus asa,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Capture 2 1 2

Maurice yang turut menerima takdir hidupnya dan kini selesa jalani rutin hidup yang baru.

“Sepanjang lebih sebulan menganggur, saya sedar yang kita hanya boleh merancang tetapi Tuhan menentukannya.

Sesiapa yang sedang berusaha untuk cari pekerjaan tu, min harap kekal positif dan tak putus semangat okay…

Baca : Akibat Covid-19, Tony Fernandes Terpaksa ‘Lepaskan’ Rumah Agam Bernilai Lebih 13 Juta Di Scotland

Capture 3 4

Sumber: Harian Metro
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.