in

“Diaorang terancam ke kalau saya ada?” – Nama Langsung Tiada Dalam Senarai Calon AME2020, Aliff Syukri Luah Rasa Kecewa

Featured Image Aa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut je nama Dato’ Sri Aliff Syukri mesti ramai yang sudah kenal dengan jutawan kosmetik itu.



Memang tak dinafikan, usahawan itu mempunyai jutaan pengikut di laman platform media sosial miliknya. Laman Instagramnya sahaja ada 3.7 juta pengikut dan laman Youtube dia ada 1.2 juta subscriber.

Asl
Sumber: instagram

Apa yang menjadi konten untuk video dia adalah kebiasannya kehidupan sehariannya sekeluarga dan kadang kala ada juga dia memuat naik drama pendek yang mana dia juga lah pelakon utamanya.

Namun, baru-baru ni Anugerah Meletop ERA 2020 (AME2020) telah mengumumkan senarai Top 20 bagi pelbagai kategori untuk anugerah itu.

Ame22
Sumber: google

Tapi, apa yang menjadi persoalan adalah, nama Aliff Syukri langsung tidak tercalon dalam mana-mana kategori anugerah itu.

Menurut Astro Gempak, Aliff ketika di tanya mengenai perkara ini, dia kelihatan tenang menerimanya dan berasa agak terkilan kerana langsung tidak dicalonkan walaupun dia dan keluarganya memang sudah dikenali ramai.

“Semua orang kenal keluarga saya dan masih relevan dalam industri tetapi saya tak boleh puaskan hati semua orang.

“Sudah tentu saya terasa dan sedih, orang lain (yang tercalon) itu terkenal ke? Tetapi saya akui, saya tak boleh memaksa mana-mana pihak sebab siapalah saya?

“Saya rasa kurang adil tapi apakan daya takkan saya nak meraih simpati pula,” Katanya.

Aliff Syukri1
Sumber: instagram

Aliff juga berkata bahawa dia juga tidak mengetahui sebab utama mengapa dia tidak tercalon dan dia turut tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak.

“Saya tiada masalah dengan mana-mana pihak apatah lagi ancaman kepada sesiapa kalau masuk bertanding sekali pun. Kalau tercalon saya gembira, itu saja.

“Saya pun sebenarnya tak rasa saya popular dan tak berharap orang tengok saya, apapun tak boleh paksa orang suka saya,” Aliff Syukri.

Pada acara AME19 anak keempatnya Yusoff Al Khardawi pernah memenangi anugerah Si Cilik Meletop.

Tak apa lah Dato’, takda rezeki lah tu. Cuba next year pulak lah kalau macam tu.

 

Baca: “Macam tu ke resit youtube?” – Aliff Syukri Kena Troll Tayang Bukti Income RM 62K Macam Resit Kedai Perabot

Eeeh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.