in

“Diaorang keliling I, maki I sund*l” – Wanita Menangis Bila Imbau Detik Dibuli Masa Di Sekolah Asrama

ft wanita menangis dibuli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan tularnya kes berkenaan Allahyarhamah Zara Qairina, seorang wanita yang dikenali sebagai Hajar ini telah mengimbau kembali kenangan hitamnya saat dia pernah dibuli ketika berusia 13 tahun semasa bersekolah asrama di sebuah sekolah menengah agama yang terletak di Selangor.

Disebabkan tidak tahan dengan perbuatan buli tersebut, Hajar mendedahkan dia hanya bertahan selama 6 bulan sahaja di sekolah berkenaan.


Artikel berkaitan : “Fikiran saya tak waras ketika itu” – Ibu Zara Qairina Jelaskan Mengapa Tolak Bedah Siasat

Artikel berkaitan : “Macam tak perlu je” – Netizen Rasa Kurang Selesa Dengan Lagu ‘Justice For Zara’?

 

Sampai kena sorok dalam almari sebab takut dibuli

Mengimbau detik itu, Hajar menjelaskan bahawa hampir setiap hari dia dibuli .Namun antara memori yang masih segar dalam ingatannya sehingga kini adalah apabila sokongan moral yang dia berikan kepada seorang individu yang berkulit sawo matang ini telah diputar belit.

“Perempuan cara buli dia ni, dia akan panggil junior dia, diaorang akan dudukkan dalam satu bilik dan senior yang nak buli ni,  duduk beramai-ramai dalam satu bulatan besar dan junior yang nak dibuli ini akan duduk kat tengah-tengah. Ha, saya kat dalam tengah-tengah bulatan tu banyak kali.”

“Rakan sekalas nama ;I’ ni, sedikit insecure sebab kulit dia sedikit tan (sawo matang), waktu dalam kelas, dia cakap kulit aku ni gelap sedikit, tak ada teman lelaki sebab orang tak suka aku sebab kulit gelap.”

“Saya cakap kulit kau gelap tak bermaksud kau tak cantik mesti akan ada orang nak kat kau juga. Tapi malam tu, tiba-tiba ada senior panggil, waktu saya pergi tu, diam semua orang tengok saya.”

Screenshot 2025 08 14 171729

Dia kemudian telah disoal oleh ‘kakak angkat’ kepada rakan sekelasnya yang mendakwa dia telah memburukkan dan memperlekehkan warna kulit rakan sekelasnya itu, bila Hajar cuba memberi penjelasan, dia dihamun semula.

“Kakak-kakak yang lain sekeliling saya tu cakap ‘kau sund*l, kau ingat kau cantik sangat’,” ujar Hajar dalam nada sebak.

Katanya, dia dikelilingi hampir 30 orang yang bertindak memaki hamun dirinya sehingga dia menangis, malah dia tidak mendapat belas kasihan daripada sesiapa pun sedangkan dia baru sahaja 2 minggu masuk asrama.

Dalam situasi kedua, dia yang melalui fasa ‘cinta monyet’ dan menjelaskan yang dirinya ada menerima surat cinta daripada seorang pelajar lelaki Tingkatan 2.

Namun Hajar menjelaskan yang dia tidak suka pada lelaki tersebut dan disebabkan itu, dia dipanggil lagi sekali dan dimaki hamun oleh para senior dengan kata-kata kesat.

“Minggu depan itu, saya kena panggil lagi, sama tempat, sama situasi, ‘eh kau kecil-kecil lagi dah gatal eh, eh kau junior lagi kau dah gatal eh, kau sund*al eh’, lagi sekali saya menangis, sebab saya tak tahu apa saya nak buat.”

Kata Hajar, dia begitu tertekan sehingga pernah terdetik untuk membunuh diri kerana insiden tersebut. Dalam situasi lain, dia juga mendedahkan pernah dimaki oleh senior lain hanya kerana duduk di atas meja. 

Screenshot 2025 08 14 171848

“Sebelum tidur ada waktu bacaan Yassin dan surah Al-Mulk, waktu itu, diaorang panggil saya masuk dorm mereka untuk panggil saya sund*l, betina, kata saya gatal.”

Oleh sebab kerap menjadi bahan kutukan senior, Hajar sampai ke tahap dia menjadi takut dan malu sehingga terpaksa bersembunyi dalam almari bilik. Namun, mereka berjaya mengesannya dan dia sekali lagi dibuli.

Tidak tahan terus-terusan menjadi mangsa, Hajar kemudian menghubungi ibu bapanya dan meminta untuk pindah sekolah. Setelah dari itu, kehidupannya berubah di sekolah baru.

Screenshot 2025 08 14 171911

Biarpun umurnya kini umurnya sudah hampir 30 tahun, peristiwa itu masih segar dalam ingatannya. Dari situ, ia membuatkan Hajar terfikir situasi yang arwah Zara Qairina terpaksa harungi.

Lihat video penuh Hajar di bawah:

@hejeres

this is a long one justiceforzara zaraqairina

♬ original sound – hajar 🇵🇸 – hajar 🇵🇸

Teruknya kena buli sampai macam tu. Harap budaya buli ini lenyaplah dan jangan lagi berulang. 

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.