Keputusan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah pelakon Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Nurul Shuhada adalah pada 27 Julai depan seperti yang ditetapkan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam sebentar tadi.
Difahamkan, Shuhada yang hadir ke mahkamah memberikan jawapan lisan manakala Hafidz memberikan jawapan bertulis ketika prosiding pengesahan lafaz cerai hari ini.
Ditanya mengenai prosiding hari ini, Shuhada berharap kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan dengan baik dan segera, lapor Berita Harian.

Berlaku lafaz cerai dua kali
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai hari ini berhubung isu lafaz cerai luar mahkamah yang didakwa berlaku sebanyak dua kali.
“Saya serahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan mengenai lafaz cerai kali pertama dan kedua. Jadi, kalau berlaku, kita nak tahu jatuhnya talak berapa.
“Sebabnya, saya takut akan pembalasan, kalau kita main hukum Allah,” katanya.

Mengulas kenyataan Hafidz berhubung dirinya yang pernah beberapa kali meminta cerai, Nurul Shuhada berkata, dia tidak berbuat demikian tanpa sebab munasabah.
“Kalau hidup saya bahagia, dibelai, disayangi dan dikasihi suami, punca perceraian itu dari mana? Jadi, punca itu daripada dirinya sendiri.
“Dia sendiri mengaku akan membuat deklarasi mengenai hubungannya dengan orang ketiga itu. Jadi, semua orang boleh tahu apa punca berlakunya perceraian antara kami.
“Hafidz mengaku mengenainya. Ada saya fitnah? Saya tak fitnah bukan? Jadi, semua orang boleh tahu punca keretakan berlaku. Semua itu bukan daripada mulut saya,” ujarnya.
View this post on Instagram
Tambah Shuhada, dia reda atas ketentuan Allah apabila rumah tangga yang dibina selama 10 tahun bakal berakhir.
Sementara itu, Shuhada juga memaklumkan bahawa dia akan memulakan semula perniagaan di samping ada beberapa tawaran kerja.
Baca: “Tiba-tiba kata tak setuju” – Nurul Shuhada Kecewa Hafidz Roshdi Buat ‘U-turn’ Isu Hadanah

