Pasangan suami isteri sepatutnya saling memahami antara satu sama lain. Mereka juga perlu saling bertolak ansur dan menyelesaikan masalah yang timbul bukan dengan kekerasan.
Baru-baru ni berlaku kejadian seorang suami yang menikam isterinya berkali-kali di hadapan orang ramai dekat pasar minggu Desa Tanjung Besar Kecamatan Mekakau Ilir, Kabupaten OKU, Sumatera Selatan, Indonesia.
Menurut portal sosok, lelaki itu tiba-tiba sahaja datang menghampiri mangsa yang pada ketika itu sedang berjalan bersama rakannya di pasar tersebut sebelum dia menikamnya.
Tidak hanya itu, lelaki berkenaan dikatakan turut melumurkan darah yang mengalir akibat tikaman ke wajah mangsa sebelum dia melarikan diri.
Orang ramai yang berada dekat kawasan sekitar tidak berani mendekati suspek kerana bimbang dicederakan olehnya.
Suspek tersebut dikenali sebagai Nurdin, 35, dan mangsa pula di kenali sebagai Marsitah, 30.
Mangsa yang terkorban ketika dalam perjalanan ke hospital dikatakan menerima 8 tikaman daripada serangan itu.
Cemas dengan apa yang berlaku, suspek terus melarikan diri dan kini masih belum dijumpai. Dia juga terus diburu oleh pihak polis bagi membantu siasatan.
Menurut penduduk setempat, suspek merupakan seorang penganggur dan selama ini isterinya yang menanggung mereka sekeluarga dan dia juga dikatakan mempunyai masalah jiwa.
Akibat daripada kejadian itu, Marsitah telah meninggalkan dua orang anaknya yang masih lagi bersekolah di sekolah rendah.
Haish, harapnya polis dapat tangkap suspek cepat lah. Tak memasal budak-budak tu hilang ibu sendiri. Kalau berselisih faham sekalipun janganlah sampai membunuh.