in

“Dah tua pun malas kerja” – Penggangur Ini Sanggup Bunuh Bapa Sendiri Lepas Tak Tahan Kena ‘Bebel’ Setiap Hari

Feature Image Bapak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah menjadi lumrah untuk anak-anak menaburkan bakti kepada ibu bapa setelah meningkat dewasa. Mereka dah bersusah payah membesarkan kita dari kecil sampai lah besar.


Terbaru, seorang lelaki dijumpai meninggal dunia di atas katil rumahnya selepas 3 hari kematiannya.

Lelaki itu dikenali sebagai Girno, 55, dikatakan telah dibunuh oleh anak kandungnya sendiri Johan Okiyanto, 29 di Desa Ngalas, Kecamatan Klaten Selatan, Kabupaten Klaten, Indonesia.

Sleep Pexels
Gambar hiasan

Menurut portal sosok, lelaki tersebut dibunuh adalah kerana anak mangsa tidak tahan sering di marah dan mendengar leteran disebabkan dia tidak bekerja dan suka berfoya-foya. Salah sendiri kan?

Mangsa juga tidak tahan mendengar ejekkan dan penghinaan orang sekeliling terhadap perlakuan anak lelakinya yang merupakan penganggur.

Mangsa selalu memarahi suspek yang tidak mahu bekerja dan suka berfoya-foya

Kejadian ini bermula apabila mangsa yang ketika itu sedang tidur sebelum dia dicekik dan di pukul dekat bahagian kepala oleh suspek sehingga meninggal.

Selepas membunuh bapanya, lelaki ini dikatakan terus melarikan diri dengan menaiki basikal ke arah pekan.

Mayat mangsa juga dibiarkan di atas katil tersebut selama 3 hari sebelum jiran tetangga ada terhidu bau busuk datang dari dalam rumah itu.

Risau dengan bau tersebut, jiran tetangga pun menyerbu masuk ke dalam rumah tersebut dan terkejut apabila menjumpai mayat Girno yang hanya terbaring dekat atas katilnya.

Kini suspek telah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan.

Dah la tak kerja, lepas tu sanggup pula bunuh bapa sendiri? Sepatutnya bila dah meningkat dewasa ni, jadilah individu yang lebih berguna kepada keluarga dan bukannya makin menyusahkan mereka.

 

Baca: “Takut nanti dah besar pukul perempuan” – Ibu Bunuh Semua Anak Lelakinya Sebab Takut Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Kaki Pukul

Na

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.