Baru-baru ini, pempengaruh yang terkenal dengan ulasan jujur pasal makanan, Jason menjadi tumpuan orang ramai apabila dia memberikan review positif terhadap piza milik pempengaruh, Cik Epal iaitu Piza Mendonia.
Jika dilihat dalam video yang berdurasi 4 minit lebih daripada Jason itu, cara review yang diberikan oleh Jason ini sangat berlainan daripada review yang diterima Piza Wagyu sebelum ini.
Artikel berkaitan : “Kuku panjang penuh..” – Cik Epal Dikecam Tayang Video Staf R&D Piza Mendonia
Artikel berkaitan : “Dah cerai yuran nak 50/50 pulak” – Cik Epal Dedah Perbualan Mesej Dengan Anak
Review Jason
@scaredtodie fesofol dont ask about the pizza costume. sekenofol, i wanted to menyamar 😞 #PizzaMendonia #wagyupizza #makanlokal #jasonfoodreview #pizzareview
Dalam masa 3 hari dimuat naik, video ini telah meraih lebih daripada 3 juta jumlah tontonan dan ianya tular dan menjadi buah mulut netizen daripada pelbagai jenis platform.
Disebabkan itu, ada segelintir pihak yang tidak puas hati dengan mendakwa bahawa Cik Epal telah membayar Jason untuk memberikan review positif terhadap piza miliknya.

Terpanggil dengan pertikaian itu, Cik Epal tampil memberikan respon sinis terhadap dakwaan tersebut.
View on Threads
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen menyebelahi Cik Epal namun ada juga yang mendakwa Jason akan memberikan syarat ketat buat mana-mana vendor makanan yang memerlukan perkhidmatannya.
