Pengacara popular kelahiran Singapura, Roslan Shah sebak mengenangkan sikap aktres Fasha Sandha yang merendah diri ketika berkunjung ke kediamannya baru-baru ini.
Bercerita menerusi Instagram, Roslan berkata Fasha dan suaminya, Aidil Aziz yang ketika itu datang ke rumahnya kerana ingin menziarahi ibu Roslan yang kini sedang terlantar akibat kanser perut tahap empat.
Bagaimanapun ketika berada dirumahnya, ibu Roslan sedang membuang air besar dan tanpa teragak-agak Fasha tampil menghulurkan bantuan untuk menolong Roslan mencuci najis ibunya.
Perkara itu menyebabkan Roslan tersentuh dengan tindakan Fasha yang dianggap sangat mulia meskipun Fasha bukan ahli keluarganya.
“Semasa di bilik ibu tercinta, ibu membuang membuang air besar dan apabila Fasha tahu ibu membuang air besar, dia dengan ikhlas hatinya masuk ke bilik ibu dengan rela hatinya nak membantu saya membasuh dan tukarkan pampers.
“Dari situ saya tersentuh dan sebak dalam hati tetapi saya diamkan diri saja..
“Fasha bukan ahli keluarga saya tetapi Fasha sanggup nak menolong membersihkan najis ibu saya tetapi saya menghalangnya kerana Fasha adalah tetamu saya,” ujarnya.
Katanya sikap Fasha itu menyebabkan dia tersentuh dan tidak menyangka Fasha akan bertindak sebegitu meskipun datang kerumahnya sebagai seorang tetamu.
“Tak ramai yang boleh buat.. kali pertama di depan mata saya seorang artis popular yang sangat merendah diri,” katanya.