in

“Dia minta urut” – Bapa Lapor Polis Dakwa Jurulatih Sukan Buat Gangguan S*ksual Terhadap Anak

jurulatih sukan cabul anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang bapa membuat laporan polis terhadap seorang jurulatih sukan yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap anak perempuannya sejak beberapa bulan lalu.

Menurut bapa berusia 40-an itu, anaknya yang berumur 15 tahun mengalami perubahan ketara apabila tidak mahu lagi menyertai sukan terbabit yang diceburinya sejak tiga tahun lalu.


Katanya, dia dan isteri pelik dengan perubahan anak mereka kerana remaja itu memang minat dengan sukan sehingga pernah meraih pelbagai pingat dan anugerah dalam kejohanan selama ini.

“Lama-kelamaan baru kami tahu dia mengalami gangguan seksual oleh jurulatih terbabit ketika sesi latihan sukan apabila diminta mengurut badannya.

“Selama beberapa bulan, anak tak berani menceritakan perkara sebenar kepada kami hingga akhirnya dia memaklumkan kejadian itu dan kami terus membuat laporan polis pada 20 Disember lalu,” katanya.

sijakm1 1766554891

Lelaki itu juga memaklumkan, aduan turut dibuat kepada jabatan lain termasuk pertubuhan sukan berkenaan kerana jurulatih itu memiliki ramai anak murid yang dilatihnya.

“Saya tegaskan kes ini tidak babitkan perbuatan rogol atau serangan seksual, namun sentuhan fizikal yang tidak sesuai dan menyebabkan anak saya tidak selesa.

“Penentuan salah atau benar akan dibuat pihak polis melalui siasatan serta tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya.

Artikel berkaitan: Dakwa 2 Kali Kena Gangguan Seksual 4 Tahun Lalu, Pelajar 17 Tahun Heret Guru Ke Mahkamah

Artikel berkaitan: Pemain Tenis India Maut Ditemb*k Bapa Sendiri

Polis tunggu jurulatih pulang

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, pihak berkuasa akan mengambil keterangan jurulatih terbabit selepas dia pulang dari luar negara.

Difahamkan, jurulatih itu berada di luar negara kerana menghadiri kejohanan sukan.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.