Tindakan seorang wanita kongsikan senarai panjang peraturan untuk pembantu rumahnya telah mengundang pendebatan netizen.
Menerusi Instagram Sgfollowsall, majikan itu menyatakan bahawa dia ambil masa 45 minit untuk senaraikan 12 peraturan itu dekat papan putih.
“Boleh berubah bila-biila masa”
Antara peraturan yang dibuat adalah :

1. Tidak boleh guna handphone masa waktu kerja melainkan majikan yang hubungi.
2. Jangan buka pintu kalau orang tak kenal datang.
3. Tak boleh keluar tanpa minta keizinan.
4. Rumah kena sentiasa bersih.
5. Mandi lepas masak dan sebelum tidur.
6. Guna handphone pada waktu malam bila budak-budak dah tidur (boleh guna sejam je.)
https://www.instagram.com/p/CeAQSwTBIxe/
7. Jangan kunci pintu bilik.
8. Jangan bazirkan elektrik dan air
9. Tidur paling lewat 9.30 ke 10 malam dan kena bangun pukul 7 pagi.
10. Jaga hygiene.
11. Duduk dekat kawasan yang ada kamera bila majikan tak ada kat rumah kecuali mandi dan buat kerja.
12. Jangan buka aircond tanpa kebenaran.
Dia pembantu rumah, bukan hamba – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan majikan ini kerana melayannya macam ‘hamba’.

Dalam pada itu ada juga yang mengatakan peraturan itu boleh diterima pakai dan anggap ianya adalah satu perkara normal.

Hurm, mungkin banyak majikan ada pengalaman buruk dengan pembantu sebelum ini, ya lah nak hire diaorang ni makan kos yang banyak, tahu-tahu dah lari, kan dah rugi.
Baca : Tak Senonoh, Lelaki Berpakaian ‘Maid Seksi’ Di Anime Fest Buat Ramai Bengang?

