in

“Dia jeles kot” – Pekerja Selamba Rampas Cincin Masa Pengunjung Tengah Melamar, Disneyland Paris Teruk Dikecam

lamaran disneyland Paris

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya dalam scene lamaran, si lelaki akan melutut sebelah kaki sambil menunjukkan cincin lamaran kepada pasangan mereka. Kalau dalam filem romantik pula, selalunya babak macam ni akan disertakan muzik dan background yang cantik. Kadang-kadang tu siap ada bunga api lagi.

Bagi satu pasangan ini pula, lamaran mereka sepatutnya menjadi memori yang indah beserta latar belakang yang cantik, namun, semuanya musnah gara-gara tindakan seorang pekerja taman tema popular.


Disney2 e1654398570634

New York Post melaporkan, lamaran satu pasangan yang difahamkan berlaku di Disneyland Paris musnah selepas seorang pekerja taman tema berkenaan merampas cincin lamaran ketika pasangan lelaki sedang berlutut sebelah kaki di hadapan teman wanitanya.

Lamaran berkenaan turut disaksikan orang ramai yang melawat taman tema popular berkenaan. Pada mulanya, ramai yang bersorak melihat lamaran terbabit. Namun, setelah momen itu diganggu seorang pekerja taman tema itu, pengunjung lain dapat didengari menjerit, ‘Boo’.

Korang boleh tengok video lamaran tu kat bawah ni:

Menerusi video sama juga, selepas pekerja terbabit merampas cincin lamaran, dia terus menuruni tangga sebelum pasangan kekasih yang terpinga-pinga itu mengekorinya.

Jelas rakan kepada pasangan lelaki dalam video terbabit, rakannya itu sudah meminta kebenaran terlebih dahulu kepada pihak taman tema untuk melakukan lamaran.

Disney1 e1654398609154

“Lepas kawan saya bagitau pada pekerja tu yang teman wanitanya setuju untuk menerima lamaran, pekerja tu membalas dengan nada sarkastik, baguslah tu, buatlah kat bawah ni lagi elok,” katanya.

Video terbabit yang pertama kali dikongsikan di laman Reddit mendapat perhatian pengguna internet yang rata-ratanya mengecam tindakan pekerja Disneyland yang dilihat sedikit kurang ajar. Ada juga yang sempat berseloroh mengatakan mungkin pekerja terbabit cemburu dengan lamaran pasangan berkenaan.

“Kalau jadi kat akulah, mungkin bukan momen je rosak, sekali dengan pekerja tu kena ‘basuh’ sekali,” tulis netizen.

Sementara itu, pihak Disneyland Paris telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas kejadian terbabit. Walau bagaimanapun, tiada maklumat terkini sama ada pekerja dalam video itu dikenakan apa-apa tindakan.

Sumber: New York Post

Baca: “Mickey Mouse pun kena buang ke”- Disneyland Bakal Buang 28,000 Pekerjanya Akibat Covid-19

ft mickey 2 e1654396859139

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.