“Dia ingat isteri tu hamba ke”- Wanita Parah Melecur Disiram Air Panas Oleh Suami Sebab Lauk ADA Semut

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tak bertamadun dan tiada hati perut!

Perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan perangai lelaki di yang tergamak menyiram air panas ke badan isterinya hanya kerana makanan yang dihidangkan kepadanya telah dihurung semut.

Suspek berusia 25 tahun itu dilaporkan marah disebabkan kejadian tersebut dalam kejadian di rumah mereka di Kecamatan Cibalong, Jawa Barat pada minggu lalu.

Sumber: Sinar Harian

“Suspek tak boleh terima ada semut dalam makanannya”AKP Maradona Armin Mappaseng

Dilaporkan suspek ada menegur isterinya selepas nampak ada banyak semut kat sayur yang henda dimakan, isterinya terasa dengan teguran suspek sehingga melontarkan kata-kata kesat.

Gambar hiasan

Disebabkan bengang, pelaku siram suspek dengan air panas malah mangsa juga mengaku yang dia turut dipukul dan ditendang oleh pelaku.

Ekoran daripada kejadian itu, isterinya dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kulitnya melecur dan kini menerima rawatan rapai di sebuah hospital di Cibalong.

Lelaki itu bagaimanapun telah di tahan di Jalan Sudirman, Garut, Jawa Barat.

 

Semut je pun, tak perlu lah nak belasah isteri sampai macam tu sekali, siap siram air panas lagi.

Baca : Sampainya hati! Budak Lelaki 5 Tahun Dikurung Dalam Sangkar Kucing Sebelum Kena Simbah Air Panas

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.