Anna Jobling dan ibunya bergaduh besar?
Sejak dari semalam tular beberapa hantaran daripada ibu kepada pelakon wanita terkemuka, Anna Jobling iaitu Ariz Arop yang mendedahkan dia menerima injunksi pada Disember tahun lalu apabila dia hanya dibenarkan berjumpa anaknya dalam jarak 100 meter.
Menurut Ariz, dia kesal dengan tindakan Anna, 25 yang sanggup memperlakukan dirinya sebagai ibu kandung begini.
Menerusi perbincangan awal antara wakil peguam, perintah larangan itu terbatal tetapi masih terikat dengan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
Saya pernah dapat perintah mahkamah pada tahun lalu. Tapi perkara itu sudah selesai cuma ada beberapa perintah.
“Peguam saya dan peguam dia ada berbincang dan injuksi itu terbatal cuma ada beberapa perintah yang saya tak boleh langgar.
“Dia minta injunksi supaya saya tidak berjumpa dengannya dalam jarak 100 meter. Dia buat saya sampai macam itu,” katanya.
Artikel berkaitan: Ibu Dianggap Macam ‘Orang Gaji’ Dan Tak Sama Rupa, Ini Respons Anna Jobling…
Artikel berkaitan: Sebaris Jisoo BLACKPINK, Anna Jobling Tersenarai Antara 100 Wajah Tercantik Dunia
Anna hantar injunksi sebab tak tahan kena pukul?
Ariz pada masa yang sama memberitahu dia tidak berniat untuk membuka cerita tentang anak kandungnya sendiri namun kemelut yang berlaku kepada mereka pada malam Ahad membuatkan dirinya sudah tidak dapat menahan sabar.
Menurutnya lagi, perintah injunksi sebelum ini didakwa kononnya diterima kerana kelakuan kasar yang dilakukan terhadap pelakon drama Setia Itu Mahal ini.
Saya kalau boleh nak tutup cerita anak sendiri tetapi kejadian semalam (Ahad) betapa dia bongkak. Kita bergaduh dalam kereta saja tidaklah sampai bertarik rambut.
“Sebelum ini dia hantar injunksi sebab dia tak tahan kena pukul. Katanya mentalnya diseksa. Saya hanya mahu mengajar anak. Tapi dalam injunksi kononnya kena mental torture,” kata Ariz.
Katanya lagi, dia juga kini tidak dibenarkan mencampuri urusan kerja Anna termasuk memilih tawaran pekerjaan yang diterima.
Saya tak mahu Anna penat bekerja. Kadang Anna tu penat kerja sampai tak ada rehat. Katanya dia memang suka bekerja.
“Pada akhirnya, saya tetap ibu yang melahirkan, menyusukan dan membesarkan dia. Saya kenal anak saya sendiri,” katanya.
Apa-apapun kita doakan semoga hubungan ibu dan anak yang keruh ini kembali pulih seperti sediakala.
Sumber: mStar