in

“Dia bukan objek, dia anak saya!” – Fazura Luah Rasa Terkilan Lepas Tonton Video Tular

Ft Fazura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Fazura baru-baru ini meluahkan rasa terkilan selepas menonton video tular yang menunjukkan anaknya, Nur Fatima Aisya didakwa diberi layanan kurang mesra semasa majlis perkahwinan Fattah Amin dan Amira Othman pada Oktober tahun lalu.

Menerusi Threads miliknya, Fazura menyatakan ini merupakan pertama kali dia melihat rakaman video tersebut, dan ia menyentuh perasaannya sebagai seorang ibu melihat anaknya diperlakukan sedemikian.


Artikel berkaitan: “Tolong beli susu & pampers” – Fazura Beri Amaran Keras, Akui Chot Jaga Fatima Sejak Dalam Perut Lagi

Artikel berkaitan: Duduk Semeja Ketika Majlis Pertunangan BASS, Asyraf Khalid Ambil Peluang Mohon Maaf Kepada Fazura

“Yang belah kiri sekali tu cakap apa? Biar je dia kat situ?”

Screenshot 2026 04 07 154057

Tegas Fazura lagi, Fatima tidak sewajarnya dilayan seburuk itu seperti ‘objek’. Bagaimanapun, video di platform asal tersebut difahamkan sudah dipadam pengguna yang memuat naik hantaran berkenaan.

Screenshot 2026 04 07 153747

Dalam video tersebut, dilihat Fatima duduk di belakang bapanya dan pada waktu itu Fattah bersama Amira Othman dan seorang lagi lelaki yang dipercayai pembantu peribadi aktor berkenaan sedang bergambar di atas pelamin.

Fatima yang sedang duduk di atas pelamin didakwa kelihatan terpinga-punga dan dikatakan tidak diberikan perhatian pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, menerusi hantaran terbaru individu yang memuat naik video berkenaan, dia telah memohon maaf atas tindakannya memuat naik rakaman itu yang mana telah mencetuskan perbualan ramai sejak awal pagi tadi.

Untuk rekod, Fazura pernah mendirikan tumah tangga bersama Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober 2024.

Sumber : mStar Online, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.