“Dia buat balik lepas dapat tahu dah gugur” – Bapa Suruh Cari BF Untuk ‘Cover’ Mengandungkan Anak Perempuan Sendiri

Bapa yang sepatutnya diamanahkan untuk menjadi pelindung kepada anak perempuan, tapi lain pula dengan bapa durjana ni, bersikap haruan makan anak.

Anak yang baru 16 tahun dijadikan tempat dia memuaskan nafsunya sejak 2 ke 3 tahun lepas. Lebih kejam lagi, anaknya malah dipukul jika tidak menuruti ‘permintaannya’ itu.

 

Kena rogol sampai mengandung

Gadis yang berasal dari Kalimantan Selatan yang baru berusia 19 tahun ini, menjadi mangsa nafsu serakah ayahnya yang berumur 50 tahun sejak umurnya 16 tahun pada tahun 2017.

Ianya bermula apabila gadis tersebut membuat keputusan untuk menetap dengan ayahnya setelah ada pengalaman gelap dirinya telah diperkosa oleh pakciknya sendiri sebelum ini (adik beradik kepada ibunya.)

Lapor sumber, ibu bapanya telah bercerai ketika dia masih kecil, harapannya untuk hidup normal seperti remaja lain terkubur apabila dia juga turut menjadi mangsa ayahnya lempiaskan nafsu serakah.

Masa pertama kali dia nak ‘kerjakan’ anak dia tu, ayahnya terkejut bile dapat tahu anaknya dah tak sunti. Gadis itu dipaksa oleh ayahnya untuk memberitahu siapa pelakunya, tapi ia tidak mendatangkan apa-apa hasil apabila didedahkan bahkan gadis tersebut ‘dikerjakan’ sehingga hamil.

 

Tak dapat cari BF, suruh kawan ‘kerjakan’ anak sendiri untuk tanggungjawab

Lebih kejam lagi, apabila ayahnya mengetahui hal tersebut, bapa durjana itu menyuruh anaknya mencari teman lelaki untuk bertanggungjawab atas kelakuannya itu.

Malangnya mangsa gagal berjumpa pasangan sehingga usia kehamilan mencecah 2 bulan. Panik pecah tembelang, bapa durjana ni sanggup ajak kawan dia perkosa anak dia sendiri dengan tujuan agar kawannya yang bertanggungjawab.

Dah haruan makan anak, tikam belakang kawan pula! Namun akhirnya, gadis itu mengalami keguguran.

 

Kena pukul kalau tak nak turuti kemahuan

Memori gelap gadis tu ternyata masih belum berakhir, bapanya terus menjalankan perbuatan kejam itu apabila mengetahui tenting hal keguguran tersebut.

Kekejaman ayahnya makin menjadi-jadi apabila remaja tersebut dipukul olehnya jika enggan turuti ‘kemahuannya’ itu.

Semua ini mula terdedah apabila remaja tersebut lari dari rumah dan bergegas ke rumah ketua kampung untuk membuat laporan polis.

Bapa durjana dan rakannya yang melakukan perbuatan terkutuk itu akhirnya telah ditangkap. Bapanya boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun sementara rakannya boleh dihukum sehingga 15 tahun penjara.

 

Baca : “Ni bapak jahanam namanya” – Tengah Proses Cerai Dengan Isteri, Dalam Diam Sempat Cabul Anak 5 Tahun

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.