in

“Dia biar saya dirogol” – Bapa Setuju ‘Jual’ Anak Umur 12 Tahun Dekat 30 Kawan Pedo, Asalkan Berbayar

Rape Culture India

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun terpaksa menanggung derita kerana mempunyai seorang bapa yang durjana.

Pengakuan kanak-kanak itu baru-baru ini membuktikan bahaya rape culture di India masih berleluasa. Menurut Mirror, kanak-kanak itu telah ‘diratah’ oleh rakan bapanya demi wang ringgit.

Bapanya tergamak ‘menjual’ anak sendiri kepada 30 orang rakannya yang juga merupakan pedophile. Kata mangsa, bapanya terima bayaran daripada semua rakannya itu untuk melakukan serangan seksual terhadapnya.

Rape4
gambar hiasan

Lebih teruk lagi, perbuatan rogol itu berlaku sepanjang 2 tahun berturut-turut di mana setiap hujung minggu mangsa akan ‘dibeli’ oleh rakan bapanya ini yang mempunyai nafsu terhadap kanak-kanak.

Kebiasaannya, bapanya sendiri yang akan call pelanggan dan ambil tempahan untuk mereka ‘luangkan masa’ bersama mangsa. Bila mereka sampai di rumah, ibu mangsa akan disuruh duduk di dalam bilik sementara mangsa akan dikunci di sebuah bilik tidur.

Bukan itu saja, mangsa juga selalu dipaksa oleh bapanya supaya ambil gambar bogel untuk dihantar kepada ‘pelanggan’.

Mereka kemudian akan masuk ke dalam bilik untuk merogol dan tangkap gambar mangsa.

Rape3
gambar hiasan

Menurut pihak polis, tiga orang pelaku dan bapa mangsa telah ditangkap serta didakwa atas tuduhan merogol, serangan seksual dan menggunakan kanak-kanak atas tujuan pornografi.

Semuanya terbongkar selepas jiran mangsa perasan perubahan sikapnya dan memberitahu kaunselor yang kemudiannya cuba tanya mangsa. Mangsa kemudian memberanikan diri dan menceritakan segalanya. Dalam tempoh 4 jam bersama kaunselor, mangsa telah membuka mulut tentang apa yang terjadi padanya selama ini.

Pihak polis kemudian menunjukkan wajah 25 orang lelaki yang dikenali keluarga dan dipercayai terlibat dalam kegiatan itu. Namun, disebabkan terlalu trauma dengan perbuatan bapa kandungnya itu, mangsa tidak dapat mengecam mana-mana suspek.

Saya tak boleh cam mana-mana wajah. Semuanya (wajah) samar.”

Tangkap1
gambar hiasan

Kata mangsa lagi, semuanya bermula apabila rakan-rakan bapanya ini dalam keadaan mabuk akan bergurau dengan merabanya di depan bapa dan ibunya.

Mereka akan datang dan tarik ibu saya ke dalam bilik tidur. Saya ingat semua ini normal. Bapa saya pun tolak saya masuk ke dalam bilik dengan orang yang saya tak kenali ini.”

Tapi, malangnya ibu dia sendiri langsung tidak bersimpati dengan nasib mangsa dan berkata dia hanya mereka cerita. Katanya, mangsa sengaja cakap macam tu sebab nak balas dendam dekat kedua orang tuanya.

Dia (mangsa) hanya reka cerita sebab dia selalu bergaduh dengan kami dan nak balas dendam.”

Rape5
gambar hiasan

Mangsa kini sudah diletakkan di bawah penjagaan pihak kebajikan dan bapanya pula kini ditahan di penjara sementara dibicarakan.

Baca: Umur 9 & 12 Tahun Jadi Yatim Piatu, Konon Tolong Jaga Tapi Pakcik Bergilir ‘Ratah’ Sampai Seorang Bunuh Diri

Kena Rogol Pakcik